Sabah terima bayaran interim pemberian khas RM600 juta, rundingan penuh 30 Jun ini

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah bersetuju menerima bayaran interim pemberian khas sebanyak RM600 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2025.

Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Julita Mojungki berkata, bayaran interim ini merupakan langkah sementara bagi membolehkan satu perintah baharu digubal dan diwartakan sebelum pembayaran penuh pemberian khas dilaksanakan.

“Amaun pemberian khas Sabah dan Sarawak ini dinaikkan dan rundingan lanjut akan diteruskan sehingga satu jumlah muktamad yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dapat dicapai.

“Satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPM63) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memutuskan bahawa sesi rundingan rasmi antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan diadakan pada 30 Jun ini,” katanya semasa persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16, di sini, pada Isnin.

Menurut Julita yang juga ADUN Matunggong, masih terdapat kekangan dalam mengira hasil bersih Persekutuan di Sabah kerana ketiadaan akses kepada data lengkap kutipan hasil oleh Kerajaan Persekutuan.

“Walaupun telah membuat 13 permohonan rasmi, tiada sebarang maklum balas diterima setakat ini dan kerajaan negeri telah membuat pengiraan sendiri berdasarkan data sedia ada dan andaian munasabah untuk menuntut jumlah pemberian khas bagi tahun 2023,” jelasnya.

Tegasnya, kerajaan negeri berpendirian mengekalkan formula asal pemberian khas seperti yang termaktub dalam Perkara 112C Bahagian IV, Jadual Ke-10 Perlembagaan Persekutuan iaitu 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan yang diperoleh di negeri ini.

“Tuntutan tersebut juga melibatkan jumlah pemberian khas bagi tahun-tahun yang tidak dikaji semula sejak tahun 1974.

“Sekiranya rundingan gagal mencapai persetujuan, Kerajaan Negeri mencadangkan agar penaksir bebas dilantik selaras dengan Perkara 112D(6) Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.


Sementara itu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkaitan langkah yang akan diambil memastikan kerajaan Sabah mempunyai pangkalan data lengkap bagi kutipan hasil di negeri ini berkata, Kerajaan Negeri mengambil maklum kajian sedang dijalankan dari segi undang-undang dan memberi jaminan bahawa segala usaha akan diambil untuk memperoleh data yang diperlukan demi memastikan hak negeri Sabah tidak terpinggir.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat