Perkhidmatan NADI perkasa komuniti tempatan – Nie Ching

KUCHING – Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memaklumkan dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu di Sarawak iaitu di Pending dan Padungan telah mula beroperasi sejak Oktober lalu dan berjaya menarik hampir 1,600 pengunjung sekali gus membuktikan lokasi strategik serta sambutan positif daripada masyarakat setempat.

Menurut beliau, Sarawak kini mempunyai sebanyak 133 NADI dan Kerajaan Persekutuan komited memastikan sekurang-kurangnya satu pusat seumpamanya diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagaimanapun, masih terdapat 23 kawasan DUN di Sarawak yang belum mempunyai pusat NADI dan usaha sedang dijalankan untuk memperluaskan capaian perkhidmatan ini ke seluruh negeri,” katanya dalam lawatan ke dua NADI terbabit, baru-baru ini.

Teo berkata, perkhidmatan pintar yang ditawarkan di NADI bukan sahaja merangkumi kemudahan asas maklumat dan komunikasi, malah turut menyediakan saringan kesihatan serta pelbagai program pembangunan ekonomi komuniti.

Antara inisiatif utama yang dilaksanakan di bawah NADI ialah NADI x Keusahawanan, termasuk program NADIpreneur dan NADI EmpowHER yang memberi fokus kepada pemerkasaan wanita dalam bidang keusahawanan.

“Sehingga 31 Mac 2025, seramai 3,390 wanita telah menyertai latihan keusahawanan melalui NADI EmpowHER, merangkumi hampir 85 peratus daripada jumlah keseluruhan peserta NADIpreneur. Ini jelas menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan wanita,” katanya.

Program NADI EmpowHER, yang diperkenalkan pada Januari 2025, menyasarkan 7,000 peserta tahun ini, dengan sekurang-kurangnya 60 peratus daripadanya terdiri daripada wanita. Latihan meliputi pelbagai aspek seperti kemahiran memasak, menjahit, membaiki gajet, serta penyediaan khidmat mentor dan bimbingan perniagaan oleh pakar industri.

“Walaupun data pendapatan peserta belum dikumpulkan secara menyeluruh, pihak NADI komited menyediakan bimbingan berterusan dan sedang merancang kerjasama bersama agensi pembangunan usahawan bagi memperkasakan lagi peserta program,” ujarnya.

Tambah beliau, NADI turut menyediakan kemudahan kelas tuisyen dalam talian untuk pelajar sekolah serta aktiviti e-sukan yang menjadi tarikan utama belia.

“Saya menyeru masyarakat setempat supaya memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan di NADI untuk pembangunan diri dan komuniti,” katanya.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat