Sabah mesti selesaikan isu ‘tiga serangkai’, perlu tekad politik – Saifuddin

SANDAKAN – Isu ‘tiga serangkai’ melibatkan masalah air, jalan raya dan elektrik di Sabah perlu ditangani dengan tekad politik yang jelas serta kerjasama kukuh antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah menyelesaikan masalah asas itu tidak boleh dilakukan secara sekali gus kerana ia melibatkan kos yang besar serta proses perancangan yang mesti melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen setiap tahun.

“Apa solusi kita kena sebut begini tentang masalah tiga serangkai kerajaan negeri sejujurnya mereka banyak rencana pembangunan termasuk untuk menguruskan masalah yang sama.

“Kita pun sedia maklum mengatasi masalah itu memerlukan dana yang besar,” katanya kepada media semasa program Sembang Santai bersama calon PH Gum Gum, di Batu 8, di sini pada Selasa.

Saifuddin berkata, asas kepada penyelesaian itu ialah tekad politik iaitu kesungguhan semua pihak untuk meletakkan keutamaan pada isu rakyat sebelum dasar dan program dapat dilaksanakan secara berfasa dan berperingkat.

Beliau turut memberi contoh projek berskala besar seperti Lebuhraya Pan Borneo, yang katanya dapat diteruskan kerana adanya tekad politik yang kuat.

Menyentuh isu bekalan elektrik, beliau menjelaskan bahawa walaupun pengurusan tenaga diserahkan kepada kerajaan negeri, kekurangan dana menyebabkan kerajaan Persekutuan terpaksa menambah peruntukan bagi memastikan kestabilan bekalan dapat dipulihkan.

“Itu kerana adanya ‘political will’ dan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Persekutuan tidak pernah ‘cuci tangan’,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai bekalan air bersih, beliau merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan baru-baru ini yang menyatakan bahawa beberapa kawasan kritikal dijangka mendapat penyelesaian dalam tempoh terdekat jika semua projek berjalan mengikut jadual.

Beliau menyatakan, isu air sebelum ini turut menjadi polemik apabila ada parti-parti negeri membuat pengumuman lebih awal sebelum pembentangan bajet, walhal maklumat tersebut sebenarnya merupakan perancangan kerajaan Persekutuan.

“Saya sebut bahawa ia mesti melalui kerjasama baik bermula dengan ‘political will’ dan ia harus dilakukan seecara berfasa,” ujarnya lagi.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah