Sabah lancar tiga inisiatif utama perkukuh pemuliharaan penyu

KOTA KINABALU – Sabah hari ini melancarkan tiga inisiatif utama bagi memperkukuh pemuliharaan penyu serta memajukan pelancongan mampan di negeri ini merangkumi Pelan Tindakan Penyu Sabah, Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Pusat Penetasan Penyu, serta Kempen Kesedaran hentikan pengambilan telur penyu di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, langkah tersebut mencerminkan komitmen berterusan Sabah dalam melindungi spesies penyu yang semakin terancam.

“Di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997, tiga spesies penyu iaitu penyu hijau, penyu karah dan penyu lipas diklasifikasikan sebagai spesies dilindungi sepenuhnya di Sabah.

“Sebarang kesalahan melibatkan spesies ini boleh dikenakan denda antara RM50,000 hingga RM250,000 serta hukuman penjara sehingga lima tahun.

“Namun, kerajaan menekankan bahawa usaha pemuliharaan tidak hanya bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang semata-mata, sebaliknya memerlukan kesedaran dan tindakan kolektif semua pihak,” katanya semasa berucap sempena Majlis perasmian Kempen Kesedaran: Hentikan Pengambilan Telur Penyu di Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa.

Menurut Jafry, Pelan Tindakan Penyu Sabah yang diperkenalkan berfungsi sebagai panduan komprehensif kepada semua pihak berkepentingan dengan menggariskan keutamaan serta strategi bersepadu bagi melindungi penyu secara lebih berkesan.

“Manakala pengenalan SOP bagi pusat penetasan penyu pula bertujuan memastikan semua program penetasan di negeri ini diurus secara sistematik, berasaskan pendekatan saintifik serta mengutamakan kebajikan haiwan tanpa menjejaskan matlamat pemuliharaan.

“Amalan terbaik dalam pengurusan pusat penetasan dan interaksi hidupan liar mampu meningkatkan reputasi Sabah sebagai destinasi pelancongan mampan bertaraf antarabangsa.

“Kempen kesedaran yang dilancarkan memberi fokus kepada usaha mengurangkan permintaan terhadap telur penyu yang dikenal pasti sebagai antara faktor utama ancaman terhadap spesies berkenaan,” ujarnya.

Tambah Jafry, bagi memastikan kejayaan kempen tersebut, kementerian menyeru sokongan pelbagai agensi dan pihak berkuasa tempatan termasuk pejabat daerah, majlis perbandaran serta dewan bandar raya, di samping peranan penting media dalam menyebarluaskan mesej kesedaran kepada masyarakat.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan turut berharap orang ramai akan menyambut baik usaha ini dengan mengurangkan permintaan terhadap telur penyu, sekali gus membantu membanteras aktiviti penyeludupan, melindungi biodiversiti marin serta mengukuhkan imej Sabah sebagai destinasi ekopelancongan utama.

Katanya lagi, kejayaan usaha ini bergantung kepada kerjasama semua pihak dan berharap inisiatif yang dilancarkan akan menjadi pemangkin kepada perlindungan warisan marin Sabah untuk generasi akan datang.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori