
SRI AMAN – Pusat data akan tidak menjadi pilihan dalam beberapa tahun akan datang kerana ia akan digantikan dengan teknologi lebih baharu iaitu Green AI.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari berkata, kajian Universiti Harvard baru-baru ini menunjukkan akan berlakunya perubahan landskap teknologi global.
”Anak muda Sarawak dituntut agar tidak ketinggalan mengikuti perkembangan bidang teknologi dan arus inovasi masa depan,” katanya ketika berucap di Forum Ekonomi DUN Lingga pada Sabtu lalu.
Sementara itu, Abang Johari menegaskan kerajaan Sarawak menyediakan pendidikan percuma sebanyak 64 kursus untuk melahirkan tenaga inovasi dan berkemahiran tinggi.
”Ini memastikan Sarawak dapat melahirkan generasi berpengetahuan tinggi dalam teknologi hijau demi masa depan yang lebih mampan,” katanya lagi.
Foto: Jabatan Penerangan Sarawak





