Sabah dijangka jadi pemain penting era baharu kerjasama Malaysia–China

KOTA KINABALU – Hubungan Strategik dua hala Malaysia–China yang memasuki fasa ‘50 Tahun Keemasan’ dijangka membuka ruang lebih besar kepada Sabah untuk memainkan peranan sebagai hab penting dalam kerjasama ekonomi serantau.

Presiden Dewan Perniagaan Malaysia–China (MCCC) Sabah, Datuk Dexter Lau berkata, beliau sentiasa membawa matlamat jitu untuk mengangkat sektor perniagaan tempatan ke pasaran lebih luas khasnya ke China, sekaligus membantu menyumbang kepada peningkatan ekonomi Sabah.

Jelasnya, komitmen kerjasama terus diperkukuh antara Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu dengan MCCC Sabah khususnya dalam usaha perniagaan.

“Matlamat utama kita bersama adalah untuk membantu perniagaan tempatan menembusi pasaran China dan menubuhkan platform dialog antara kerajaan dan sektor perniagaan.

“Selain itu, sesi pertukaran antara kerajaan, serta memperluas interaksi dalam bidang pendidikan, pembangunan belia dan keterlibatan budaya bagi mewujudkan momentum baru dalam kerjasama dua hala juga menjadi antara aspek yang kita fokuskan,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Dexter berkata, beliau sempat bertukar pandangan dan berkongsi idea dalam meluaskan lagi kerjasama dua hala antara Malaysia-China melalui Majlis Makan Malam bersama Konsul Jeneral, Dr. Zhu Xinjiang baru-baru ini.

“Konsul Jeneral diiringi Timbalan Konsul Jeneral, Xue Xiaoning serta Konsul, Fan Yichang, Liang Yutai dan Wen Desi hadir dalam sesi pertukaran pandangan bersama wakil MCCC Sabah ini.

“Kedua-dua pihak berbincang secara meluas mengenai pengukuhan kerjasama dua hala Malaysia–China, mengeratkan hubungan di peringkat subnasional dan tempatan, serta menggalakkan pertukaran dalam bidang ekonomi, perdagangan dan budaya,” katanya.

Dexter turut berkongsi bahawa MCCC kekal komited terhadap prinsip panduan komunikasi, kerjasama dan manfaat bersama serta akan terus memimpin ahlinya untuk terlibat secara aktif dalam pelbagai peringkat kerjasama Malaysia–China.

“Dalam beberapa bulan akan datang, MCCC Sabah merancang beberapa lawatan pertukaran ke China, termasuk ke Chongqing, Universiti Yunnan, Zhengzhou di Wilayah Henan dan Xinjiang.

“Ini adalah kerana kita menyertai forum ekonomi, sesi padanan perniagaan dan meneroka peluang kerjasama, dengan matlamat memperluas prospek perniagaan dan mengintegrasikan sumber rentas sempadan,” katanya.

Sementara itu, Dr. Zhu menekankan bahawa Kerajaan China amat menghargai hubungan strategik komprehensif bersama Malaysia khususnya lawatan kenegaraan Presiden Xi Jinping ke Malaysia pada April 2025 menandakan permulaan era ‘50 Tahun Keemasan’ dalam hubungan dua hala.

“Sepanjang lawatan tersebut, kedua-dua negara memeterai pelbagai perjanjian merangkumi perdagangan, teknologi, pertanian, pendidikan dan budaya yang menyuntik nafas baharu ke dalam hubungan Malaysia–China.

“Sabah juga memainkan peranan strategik penting dalam kerangka kerjasama Malaysia–China antaranya dari eksport minyak sawit hingga perkhidmatan pelancongan, perdagangan Sabah dengan China,” ujarnya.

Related Posts

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

KUANTAN – Seorang remaja sedang melakukan aksi ‘wheelie’ antara 65 ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Rundingan kerusi PH Sabah masih berjalan – Ewon

Rundingan kerusi PH Sabah masih berjalan – Ewon