Kompleks sukan bernilai RM30 juta bakal dibina di Kabong

KUCHING – Sebuah kompleks sukan moden bakal dibangunkan di Kabong dengan peruntukan sebanyak RM30 juta, di bawah sektor Pembangunan Sosial Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), sekali gus membuka lembaran baharu dalam pembangunan prasarana sukan luar bandar di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Datuk Mohd Chee Kadir berkata projek mega ini bakal merangkumi pelbagai kemudahan bertaraf moden seperti astaka berkapasiti 300 orang, blok pentadbiran, padang bola sepak lengkap dengan sistem saliran bawah tanah, serta dewan serbaguna tertutup, trek larian sintetik, gelanggang futsal, dan kemudahan sokongan lain.

“Kompleks ini turut akan dilengkapi dengan tempat letak kenderaan, kolam berkonsepkan spesifikasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sistem pencahayaan dan pencawang, rumah pengawal keselamatan serta pagar keselamatan,” ujarnya ketika menghadiri Mesyuarat Projek Kompleks Sukan Kabong yang diadakan di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan perincian terkini dan peringkat akhir penentuan tapak bagi projek tersebut yang merupakan antara inisiatif utama BDDA di bawah sektor Pembangunan Sosial.

Tambahnya lagi, pembangunan kompleks ini bakal memberi impak besar kepada komuniti khususnya golongan belia dan penduduk setempat, selain menyokong gaya hidup sihat serta memperkukuh pembangunan modal insan di kawasan luar bandar.

“Saya amat menghargai komitmen dan kerjasama semua pihak terlibat dalam menjayakan projek ini demi manfaat rakyat di Kabong,” katanya lagi.

Turut hadir Ketua Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Fasiliti, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Syamsudin Mohamad Ali; Pegawai Tadbir Khas BDDA, Abang Mohamed Abang Turkey; Pegawai Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong, Supritenden Moris Nayup, serta wakil-wakil pelaksana projek.

Foto: FB Pusat Khidmat ADUNN.40 Kabong

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia