Hajiji ingatkan penjawat awam kekal neutral, integriti sepanjang PRN akan datang

KOTA KINABALU – Semua penjawat awam diingatkan agar terus kekal profesional, neutral dan berintegriti dalam memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri sepanjang tempoh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sebagai tulang belakang pentadbiran Kerajaan Negeri, penjawat awam harus memastikan segala urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas serta terus berjalan lancar seperti biasa.

“Kecekapan dan ketelusan penjawat awam dalam menghadapi tempoh yang mencabar ini mencerminkan komitmen kita untuk terus mendukung sistem demokrasi dan kestabilan pentadbiran negeri.

“Penjawat awam juga perlu sentiasa memelihara integriti diri dan menjadikannya sebagai salah satu asas penting dalam nilai diri masing-masing.

“Tanpa nilai integriti diri yang tinggi, kesannya kepada imej perkhidmatan awam dan keseluruhan institusi kerajaan negeri akan sangat serius,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Hajiji juga menyeru penjawat awam menjalankan tanggungjawab dengan amanah selain mengelakkan sebarang konflik kepentingan peribadi supaya matlamat dan objektif kerajaan negeri dapat dicapai dengan jayanya.

“Sentiasa bersikap responsif, proaktif dan mengamalkan tadbir urus yang baik dalam melaksanakan tugas bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” tambahnya.

Dalam pada itu, Hajiji turut menggesa semua Ketua Jabatan untuk menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Katanya, mereka perlu menjalankan tugasan dengan lebih cekap dan tepat serta memantau projek dengan lebih berkesan agar semua projek yang telah diluluskan dapat disiapkan mengikut jadual.

“Perkara ini penting bagi mengelakkan kita daripada berdepan dengan kelewatan pelaksanaan, pembaziran sumber dan menjejaskan reputasi serta kepercayaan rakyat terhadap keupayaan jentera pentadbiran kerajaan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata empat rang undang-undang akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri selama dua hari yang akan bermula Isnin depan.

Dua rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Perhutanan (Pindaan 2025) dan Rang Undang-Undang Tadbir Urus Iklim dan Karbon 2025akan dibentang Jabatan Ketu Menteri, manakala Rang Undang-Undang Cukai Jualan Negeri (Pindaan 2025) dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2025 dibentang Kementerian Kewangan.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal