RUU Mufti tidak hakis, ketepikan kuasa Agong

PUTRAJAYA – Tuduhan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan mengetepikan sistem raja berperlembagaan sehingga melangkaui kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah persepsi tidak tepat dan tersasar.

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan berkata, RUU Mufti menyatakan fungsi mufti dan timbalan mufti adalah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung semua perkara hukum syarak di Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, satu daripada seksyen dalam RUU itu menyatakan fungsi mufti dan timbalan mufti adalah membantu dan menasihati Seri Paduka dalam semua perkara hukum syarak, tambahan pula mereka merupakan pihak berkuasa utama semua hukum syarak di wilayah-wilayah Persekutuan.

“Banyak persepsi kurang tepat yang mungkin pihak tidak berautoriti mendakwa RUU Mufti akan menyebabkan kuasa Yang di-Pertuan Agong terhakis. Ia tidak benar kerana tidak melangkaui kuasa Seri Paduka Baginda.

“Satu daripada seksyen dalam RUU itu menyatakan fungsi mufti dan timbalan mufti adalah membantu dan menasihati Seri Paduka dalam semua perkara hukum syarak, tambahan pula mereka merupakan pihak berkuasa utama semua hukum syarak di wilayah-wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi taklimat khas mengenai RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) kepada ‘Key Communicators’ Kerajaan, hari ini.

Dalam pada itu, Jamali berkata, RUU Mufti Wilayah Persekutuan dibawa ke Parlimen dan dinamakan akta kerana kuasa membuat undang-undang bagi Wilayah Persekutuan terletak di bawah kuasa Parlimen, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan dan bukan untuk pemakaian di seluruh negara atau Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, katanya, undang-undang itu hanya terpakai untuk orang Islam saja membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dan tidak melangkaui negeri lain, seperti yang termaktub Sub-seksyen 1 (2) RUU Mufti Wilayah Persekutuan.

“Tiada tekanan atau paksaan bagi RUU Mufti Wilayah Persekutuan diterima pakai di negeri, malah Dewan Undangan Negeri (DUN) kekal mempunyai kuasa tersendiri seperti dinyatakan dalam Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“RUU Mufti bertujuan memperjelaskan dan memperkukuhkan institusi mufti dan kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan,” katanya.

Sebelum ini, peguam Latheefa Koya mendakwa RUU Mufti Wilayah Persekutuan akan mengurangkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dakwanya, Fasal 4(1) RUU tersebut menjadikan mufti sebagai ‘pihak paling berkuasa’ dalam hal-hal undang-undang Islam di Wilayah Persekutuan selain Seri Paduka.

Related Posts

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untukKementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan jawatan khusus sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah, susulan kes kemalangan yang masih berlaku di sekolah dari semasa ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

KEBELAKANGAN ini semakin banyak naratif politik cuba dibina untuk menggambarkan sesetengah tokoh pembangkang sebagai ‘pemimpin alternatif terbaik’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara yang sering diketengahkan ialah Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah

Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah