9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

KUANTAN – Inisiatif Komuniti MADANI di bawah Kementerian Komunikasi terus melebarkan sayapnya di Parlimen Kuantan menerusi penubuhan sembilan komuniti akar umbi merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Teruntum, Tanjung Lumpur, dan Inderapura.

Inisiatif digerakkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Kuantan ini bertujuan menjadikan komuniti setempat sebagai pemangkin perpaduan, penyebar maklumat dasar kerajaan, serta penggerak inisiatif rakyat di peringkat lokal.

Pegawai Khas kepada YB Senator Datuk Dr Fuziah Salleh, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, penubuhan ini bukan sekadar saluran hebahan, malah berfungsi sebagai ejen perubahan yang kritikal.

“Di DUN Teruntum, fokus diberikan kepada isu perumahan bandar dan kos sara hidup. DUN Tanjung Lumpur pula mengangkat agenda ekonomi pesisir pantai bagi nelayan, manakala DUN Inderapura memberi penekanan kepada keterjaminan makanan bagi komuniti luar bandar,” jelasnya selepas sesi libat urus bersama sembilan pengerusi Komuniti MADANI, malam tadi.

Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Hijrah, Aidil Haryman Mat Nor menyifatkan inisiatif ini sebagai langkah tepat untuk memerangi penularan berita palsu yang mampu memecahbelahkan masyarakat.

Beliau turut menghargai usaha Kementerian Komunikasi yang l menggerakkan 1,878 Komuniti MADANI di seluruh negara bagi tujuan itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Komuniti MADANI Sungai Isap, Che Ku Mazilah Che Ku Man, melihat platform ini sebagai wadah terbaik untuk memperkasakan golongan wanita.

Beliau komited memastikan suara dan keperluan wanita diangkat dalam setiap program pembangunan komuniti yang dirancang.

Setiausaha Komuniti MADANI Seri Kuantan, Yap Wein Fook, berharap penglibatannya dapat menarik lebih ramai anak muda berbilang kaum untuk menyumbang idea dan tenaga demi pembangunan Kuantan.

Senada dengan itu, Suresh Subramaniam dari Komuniti MADANI Cenderawasih menegaskan perpaduan adalah kunci utama agar tiada pihak yang terpinggir daripada arus pembangunan Kerajaan MADANI.

Antara program utama bakal dilaksanakan dalam masa terdekat termasuklah Jelajah Info MADANI secara bulanan, Latihan Literasi Digital untuk warga komuniti, Kempen Ant-Berita Palsu di peringkat taman dan kampung, dan Penyelarasan projek ekonomi menerusi Geran Sejati MADANI.

Fakhrul Anuar yang juga Ahli Majlis Bandaraya Kuantan menambah, setiap komuniti diberikan peruntukan awal bagi memastikan mereka menjadi pusat rujukan utama rakyat mengenai dasar kerajaan dan bantuan semasa, sekali gus memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada arus maklumat.

Related Posts

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

KOTA ISKANDAR – Empat ADUN Pengimbang Pakatan Harapan Johor tampil mempertahankan tindakan mereka membangkitkan isu aplikasi parkir MBJB Spot di Dewan Negeri Johor selepas dikritik sebagai bermain “politik murah” oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

KOTA KINABALU – Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) disaran terus memainkan peranan aktif dalam menyumbang idea, pandangan dan sokongan terhadap usaha pembangunan negeri. Timbalan Ketua Menteri II merangkap Kementerian Kewangan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah

Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah