Persiapan Belanjawan 2025 berjalan rapi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kesiapsiagaan bagi pembentangan Belanjawan Madani ketiga 2025 esok berjalan rapi.

Perkara itu dimaklum Anwar ketika membuat tinjauan di pejabat Kementerian Kewangan hari ini.

“Kendatipun sibuk merangka belanjawan yang terangkum dan penuh teliti ini, saya gembira melihat keterujaan pasukan belanjawan dan turut bergambar bersama mereka.

“Usai mengambil gambar-gambar kenangan, saya menandatangani dokumen-dokumen berkaitan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan esok di Dewan Rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Jelasnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada warga kerajaan serta semua pihak terlibat yang telah memerah keringat dan memberi cadangan bernas untuk menjayakan Belanjawan 2025.

“Insya-Allah, belanjawan ini akan memacu lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi keadilan kepada rakyat terbanyak,” ujarnya.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.

Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen jam 4 petang esok.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah

Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing