Rombakan Kabinet beri mesej jelas Kerajaan MADANI fokus rakyat

ROMBAKAN Kabinet yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu perubahan besar dan bukannya sekadar pelarasan kecil, kata Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan.

Beliau berkata, rombakan itu jelas memperlihatkan kesungguhan Perdana Menteri untuk memastikan barisan Kabinet yang dibentuk mampu berfungsi dengan berkesan dan memberi tumpuan kepada penyampaian hasil kepada rakyat.

“Ini bukan rombakan kecil, Ia rombakan besar kerana melibatkan pertukaran portfolio penting serta kemasukan menteri baharu ke dalam Kabinet,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press hari ini.

Menurut beliau, pemindahan Datuk Seri Johari Abdul Ghani ke Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menunjukkan Perdana Menteri memberi penekanan kepada pengalaman serta keupayaan menteri dalam mengurus portfolio strategik negara.

Katanya, rombakan itu turut membawa mesej jelas bahawa tempoh sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang menuntut barisan Kabinet bekerja dengan lebih pantas dan berkesan.

“Dengan tempoh kira-kira dua tahun sebelum PRU16, Perdana Menteri mahu menteri yang dilantik membuktikan keupayaan mereka dalam masa singkat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengekalan tokoh utama serta pelantikan muka baharu dalam pentadbiran mencerminkan pendekatan berani Perdana Menteri dalam memperkukuh pasukan kerajaan.

“Keseluruhannya, rombakan ini membawa implikasi besar kepada hala tuju pentadbiran kerajaan dan menunjukkan tekad Perdana Menteri untuk memastikan Kabinet benar-benar berfungsi,” katanya.

Related Posts

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Oleh: Alif Abd Aziz SEKIJANG – Kerajaan terus komited memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu krisis tenaga global menerusi pendekatan komunikasi bersemuka yang lebih menyeluruh dan berkesan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis