RM62 juta Bantuan Awal Persekolahan manfaatkan 413,380 murid Sarawak

KUCHING – Kerajaan MADANI memperuntukkan sebanyak RM62 juta bagi pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Sarawak bagi sesi persekolahan tahun 2026.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, inisiatif itu memberi manfaat kepada 413,380 orang murid yang melibatkan 1,460 buah sekolah di seluruh negeri berkenaan.

Menurutnya, penyaluran bantuan tunai secara one-off sebanyak RM150 bagi setiap murid itu diberikan secara sejagat tanpa mengira had pendapatan ibu bapa atau penjaga, bagi meringankan beban perbelanjaan awal tahun.

“Di peringkat nasional, Belanjawan 2026 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM794.25 juta kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk diagihkan kepada semua murid dari Tahun Satu hingga Tingkatan Enam.

“Bagi Sarawak khususnya, pengagihan ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan murid terjaga dan mengurangkan risiko keciciran akibat kekangan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan BAP Negeri Sarawak Tahun 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mustapha memaklumkan bahawa Kerajaan MADANI turut menyalurkan bantuan tambahan menerusi Inisiatif Sejahtera MADANI yang dikelolakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) JPM Sarawak.

Jelas beliau, sebanyak RM370,000 diperuntukkan bagi Fasa 1 inisiatif tersebut yang diagihkan kepada 740 Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin dalam sistem eKasih.

“Bantuan ini melibatkan 370 KIR bagi murid sekolah rendah dan 370 KIR bagi sekolah menengah.

“Penerima di peringkat sekolah rendah menerima baucar bernilai RM500 untuk pembelian pakaian dan peralatan sekolah, manakala bantuan bagi pelajar sekolah menengah dengan nilai yang sama sedang dalam peringkat pelaksanaan,” ujarnya.

Bagi SMK Petra Jaya, sebanyak RM195,450 diperuntukkan untuk BAP yang memanfaatkan 1,303 orang murid di sekolah tersebut.

Mustapha turut menyeru ibu bapa agar memanfaatkan bantuan tersebut sepenuhnya demi memotivasikan anak-anak untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi