RM2 juta baik pulih Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri terus memberikan perhatian terhadap isu kebajikan kanak-kanak meskipun yang terpaksa ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor (RPKK).

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan yang lebih kondusif di rumah perlindungan itu, pihaknya telah meluluskan sejumlah RM2 juta bagi kerja membaik pulih institusi tersebut.

“Kerja-kerja baik pulih akan bermula segera dan dijangka siap sepenuhnya pada awal 2026. Ini adalah langkah penting dalam memastikan RPKK benar-benar berfungsi sebagai pusat perlindungan untuk kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan, pengabaian dan pelbagai bentuk kecemasan sosial.

“Ia juga bagi memastikan kanak-kanak yang tinggal di rumah perlindungan tersebut dengan selamat dan selesa,” katanya dalam hantaran Facebook.

Terdahulu, beliau bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail  turun padang meninjau keadaan RPKK di Jalan Mariam di sini semalam.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, langkah tersebut menunjukkan kerajaan negeri komited untuk memastikan RPKK dapat berfungsi sepenuhnya.

“Saya dimaklumkan bahawa buat masa ini, RPKK tidak mampu menampung kapasiti maksimum disebabkan masalah fasiliti.

“Antara isu utama yang dikenal pasti adalah sistem kumbahan, bumbung, pintu, dapur serta sistem perpaipan yang perlu dinaik taraf,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya sudah mengarahkan pihak berkaitan untuk mempercepatkan proses baik pulih agar RPKK dapat berfungsi bagi mencapai kapasiti penuh.

“Kerja-kerja penyelenggaraan termasuk pemasangan pagar keselamatan serta menaik taraf dewan juga akan dilaksanakan demi menjamin kesejahteraan penghuni di situ,” katanya.

RPKK, ujarnya, adalah manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan kanak-kanak yang memerlukan sentiasa terbela.

“Semoga RPKK menjadi tempat yang benar-benar selamat dan kondusif, memberi mereka peluang untuk membesar dalam persekitaran yang positif penuh harapan dan masa depan yang cerah.

“Setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat perlindungan, tempat tinggal yang selesa dan penjagaan yang penuh kasih sayang,” katanya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis