Juh Berambeh Sungkey Kuching 2025 erat perpaduan rakyat Sarawak, pamer inisiatif alam sekitar yang mampan

KUCHING – Program Juh Berambeh Sungey Kuching atau majlis berbuka puasa mampu mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata acara tersebut dapat merapatkan berlainan agama dan kaum.

“Majlis berbuka puasa ini pernah diadakan pada tahun sebelum ini dan tahun ini ada sedikit kelainan berbanding tahun lepas,” kata beliau.

Tambah beliau, program berbuka puasa juga turut disertai oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dan juga Kelab Belia Proaktif.

“Kita dapat mengeratkan silaturahim dan perhubungan antara masyarakat majmuk,” ujar beliau.

Jelas beliau, majlis berbuka puasa ini turut disertai oleh masyarakat bukan Islam yang bertemakan ‘Iftar in UNITY and ‘Empowering Youth for Sustainable Future’.

Difahamkan, ujar beliau lagi, penerimaan majlis berbuka puasa semakin banyak dan target kehadiran program tahun ini dijangka 3,000 orang.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media mengenai acara “Iftar In Unity @Padang Merdeka” Kuching pada Isnin.

Abdul Karim percaya acara ini mampu memupukkan suasana harmoni selain mengeratkan hubungan antara berlainan kaum dan agama.

“Kita menjemput sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan kaum untuk menghadiri majlis berbuka puasa,” kata beliau.

Menariknya, jelas beliau, program ini juga mempamerkan tempat caj solar telefon pintar untuk penghujung yang hadir acara tersebut.

“Acara ini juga mempamerkan kaedah pelupusan makanan yang mampan kepada pengunjung yang merupakan inisiatif golongan belia mewujudkan kesedaran kebersihan alam sekitar,” ujar beliau lagi. 

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia