RISDA sasar hidupkan 100,000 hektar ladang getah terbiar – TPM

ARAU – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyasarkan untuk menghidupkan semula sekurang-kurangnya 100,000 hektar ladang getah yang terbiar di seluruh negara.

Langkah itu diambil bagi meningkatkan produktiviti pekebun kecil serta mengurangkan kebergantungan negara kepada import lateks di samping meningkatkan hasil pekebun kecil negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sektor perladangan getah masih berpotensi untuk berkembang, namun banyak ladang yang tidak diusahakan akibat kekurangan tenaga kerja dan ketidakstabilan harga pasaran.

“Kita perlu memastikan ladang getah yang terbiar ini dapat diusahakan semula supaya pekebun kecil mendapat manfaat dan negara tidak lagi bergantung kepada import lateks yang kini mencecah RM6 bilion setahun,” katanya pada majlis Santunan Kasih Ramadan di Universiti Teknologi MARA Kampus Arau di sini, hari ini.

Beliau berkata, pekebun kecil menyumbang lebih 80 peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah negara, justeru usaha menghidupkan kembali ladang getah terbiar amat penting bagi menjamin kelangsungan industri ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, RISDA telah merangka pelbagai inisiatif termasuk pemberian insentif, bantuan modal serta penerapan teknologi moden dalam penanaman dan pemprosesan getah bagi meningkatkan hasil ladang.

“Selain meningkatkan pengeluaran lateks, kerajaan juga mahu mengoptimumkan penggunaan kayu getah dalam industri hiliran seperti pembuatan perabot yang berpotensi menjana pendapatan sekitar RM9 bilion setahun.

“Setiap tahun, kira-kira 40,000 hektar pokok getah tua ditebang dan kayunya mempunyai nilai pasaran yang tinggi dalam sektor perabot serta produk berkaitan,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan komited untuk terus menyokong pekebun kecil melalui pelbagai program pembangunan bagi memastikan industri getah negara kekal mampan.

Dalam usaha meningkatkan daya saing sektor ini, RISDA juga sedang menjalankan kajian bagi memperkenalkan teknologi moden dalam sektor perladangan tersebut.

“Kerajaan akan terus memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan bukan sahaja membantu pekebun kecil tetapi juga mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara pengeluar utama produk berasaskan getah,” katanya.

Related Posts

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membincangkan isu kenaikan harga barangan dan kos sara hidup dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini bagi mencari pendekatan lebih berkesan untuk meringankan beban rakyat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung kenyataan UMNO Negeri Sembilan yang dilaporkan bersedia menjadi pembangkang di negeri itu. Beliau berkata, kenyataan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global