JKNS gerak 682 pegawai pantau 91 bazar Ramadan di seluruh Sabah

KOTA KINABALU – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menggerakkan 682 pegawai penguat kuasa untuk memantau tahap kebersihan dan keselamatan makanan di 91 lokasi bazar Ramadan di seluruh negeri sepanjang bulan puasa ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Maria Suleiman berkata, pihaknya telah memeriksa 1,152 premis di 17 daerah yang membabitkan 2,393 pengendali makanan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 2,325 pengendali makanan (97.2 peratus) memiliki suntikan anti-tifoid, manakala 2,328 individu (97.3 peratus) telah mengikuti latihan pengendali makanan.

“Selain itu, sebanyak 34 notis kompaun berjumlah RM5,200 telah dikeluarkan terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan,” katanya selepas melakukan tinjauan pemantauan bazar Ramadan di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikenakan kompaun ialah 11 kes tiada sijil latihan pengendali makanan, lima kes berkaitan suntikan anti-tifoid, serta 16 kes melibatkan pemakaian yang tidak mengikut peraturan.

“Kesemua notis dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun bagi kesalahan di bawah Peraturan 33 (kebersihan diri pengendali makanan),” jelasnya.

Tegas Maria, kesemua notis dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kesalahan di bawah Peraturan 33 (kebersihan diri pengendali makanan) boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.

Mengulas mengenai penjual makanan di tepi jalan, Maria menegaskan bahawa semua gerai makanan, termasuk yang beroperasi di lokasi tersebut, tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan makanan.

“Penjual makanan di tepi jalan juga diwajibkan memastikan makanan yang dijual bersih dan selamat untuk pengguna,” katanya.

Sebagai langkah mempertingkat pemantauan, JKNS turut memperkenalkan talian WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan di 012-8484378 bagi membolehkan orang ramai melaporkan isu keselamatan makanan secara terus.

Related Posts

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

ROMPIN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menzahirkan keyakinan penuh rakyat negeri ini terus memberikan mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan negeri. Keyakinan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Oleh: Nazrul Hakimi, Fatin, Eveline B, Siti, Nana Mohamad, Ekin Rosli & Yaya Amir KERAJAAN MADANI memainkan peranan penting dalam melindungi rakyat susulan krisis bekalan global yang menjejaskan ekonomi akibat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia