Ringgit teruskan kenaikan, ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan kenaikannya pada Khamis untuk ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan jangkaan yang makin meningkat terhadap penurunan kadar faedah di AS, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar AS kepada 4.3360/3400 daripada 4.3505/3560 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit mendapat sokongan yang baik hari ini selepas Indeks Dolar AS merosot susulan data pasaran buruh yang lemah di AS.

Data peluang pekerjaan belum diisi dan tinjauan pusing ganti buruh (JOLTS) yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan pekerjaan baru di AS merosot lebih daripada jangkaan kepada 7.673 juta pada Julai, berbanding 7.91 juta pada Jun.

“Ia menjadi teruk dengan pekerjaan baru merosot lebih daripada jangkaan pada Julai, menunjukkan Rizab Persekutuan (Fed) mungkin perlu tegas untuk melonggarkan dasar monetarinya bagi mencapai apa yang dipanggil penurunan berperingkat,” katanya.

Di dalam negara pula, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuaratnya hari ini.

Mohd Afzanizam berkata, kadar OPR itu disifatkan menyokong pertumbuhan.

Oleh itu, beliau percaya BNM mungkin mengekalkan OPR stabil pada 3.00 peratus untuk baki 2024.

“Langkah ini sepatutnya positif untuk ringgit kerana jurang antara Kadar Dana Fed dan OPR akan mengecil dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, ringgit ketika ditutup diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu ditutup lebih tinggi berbanding pound Britiain kepada 5.7049/7101 daripada 5.7052/7125 pada penutup Rabu, tetapi rendah sedikit berbanding euro kepada 4.8099/8144 daripada 4.8082/8143 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.0189/0219 daripada 2.9981/3.0021 semalam.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Mata wang tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3303/3336 daripada 3.3299/3344 semalam dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 281.5/281.9 daripada 281.0/281.5.

Ia jatuh berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.72 daripada 7.69/7.70 dan lemah berbanding baht Thailand kepada 12.8772/8940 daripada 12.7096/7294 sebelumnya.

Related Posts

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

KUANTAN – Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16