Malaysia sedia kerjasama bidang kewangan Islam bersama Rusia

PUTRAJAYA – Malaysia sebagai peneraju global dalam kewangan Islam mengalu-alukan kerjasama dengan Rusia dalam bidang itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, bidang ini sesuai dimajukan kedua-kedua negara sementelah Malaysia terkenal sebagai peneraju global dengan ekosistem institusi terbaik yang mematuhi syariah sekaligus memacu inovasi dalam instrumen kewangan.

“Rusia, dengan populasi Islam yang ramai, berada di ambang potensi besar dalam kewangan Islam, dan saya percaya pengenalan perbankan Islam di Rusia boleh memudahkan projek bersama dan menarik pelaburan besar daripada negara majoriti Islam,” kata Anwar ketika berucap pada Sdang pleno di Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 di Vladivostok, Rusia, pada Khamis.

Rusia melancarkan sistem perbankan Islam di empat wilayah utama yang didominasi Muslim di negara itu pada 1 September tahun lepas sebagai sebahagian daripada program perintis dua tahun dengan penduduk Islam yang besar antara 20 juta dan 25 juta orang.

Sementara itu, Anwar juga mengakui bahawa Rusia telah menjadi pemain global yang penting dalam sektor pertanian.

Beliau berkata, sebagai salah satu pengeluar dan pengeksport bijirin terbesar dunia, negara itu memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan makanan global.

Selain itu, Anwar berharap kerjasama antara Malaysia-Rusia dapat memanfaatkan dalam sektor penyelesaian teknologi tinggi terutama dalam bidang kecekapan tenaga, transmisi data dan teknologi bandar pintar, yang beliau percaya boleh menjadi kekuatan bersama untuk memacu inovasi serta menangani cabaran abad ke-21.

Dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), beliau juga percaya apa yang dimiliki Rusia dapat dimanfaatkan oleh Malaysia dalam aspek pendidikan serta penyelidikan.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16