Ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding kumpulan mata wang utama

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan mengakhiri urus niaga di paras 4.63 pada Isnin.

Mata wang tempatan itu juga mencatat prestasi paling baik di peringkat pasaran Asia, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit melonjak sebanyak 200 mata asas kepada 4.6350/6375 berbanding dolar AS daripada 4.6550/6605 dicatatkan minggu lalu.

Di peringkat pasaran Asia, ringgit mengukuh sebanyak 0.46 peratus berbanding dolar AS, diikuti oleh won Korea Selatan (0.10 peratus) dan rupiah Indonesia (0.06 peratus).

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit mencatat prestasi baik berbanding dolar AS ketika pasaran telah menerima sepenuhnya potensi AS menurunkan kadar faedahnya.

“Bersandarkan masa depan kadar faedah, kemungkinan untuk kadar faedah utama diturunkan pada September ini telah mencecah 107.4 peratus, sekali gus mencadangkan penurunan itu hampir pasti berdasarkan unjuran pasaran,” katanya.

Ringgit mencecah paras tertinggi RM4.6298 berbanding dolar AS pada tengah hari ini sebelum susut kepada RM4.6350.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding kumpulan mata wang utama apabila meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9472/9504 daripada 5.9901/9971 pada Jumaat (26 Julai), naik berbanding euro kepada 5.0225/0252 daripada 5.0530/0590 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0158/0176 berbanding 3.0176/0214 sebelum ini.

Malah, berbanding mata wang Asean, ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 284.6/284.9 daripada 285.5/286.0 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4499/4521 daripada 3.4641/4684.

Related Posts

Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) akan melaksanakan pelarasan perbelanjaan kerajaan susulan peningkatan beban subsidi akibat konflik di Asia Barat, namun memberi jaminan perkhidmatan kritikal kepada rakyat serta kestabilan ekonomi tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diplomasi berhemah kunci Malaysia kekal hubungan dagang strategik

PENDEKATAN diplomasi berhemah yang diamalkan Malaysia menjadi faktor utama negara terus mengekalkan hubungan perdagangan strategik dengan Iran dan Rusia, meskipun berdepan tekanan geopolitik global. Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI