Respons pantas bomba padam kebakaran belukar

MIRI – Pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral berjaya mengawal kebakaran belukar yang berlaku di Jalan Airport, di sini, pada Selasa.

Menurut laporan, panggilan kecemasan diterima pada jam 11.50 pagi sebelum loceng dibunyikan 10 saat kemudian. Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) serta sebuah kenderaan utiliti digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 12 kilometer dari balai.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 12.01 tengah hari dan mendapati kebakaran belukar benar berlaku seperti dilaporkan oleh pemanggil. Operasi pemadaman segera dimulakan dua minit kemudian.

Komander operasi, PBK II, Shamsudin Abdullah mengarahkan anggota menggunakan satu aliran salur bantu mula dari jentera serta tiga unit pemerap api bagi mengawal dan memadam kebakaran tersebut.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.15 petang sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.31 petang. Pasukan kemudiannya kembali ke balai dan tiba pada jam 1.45 petang.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. Kebakaran melibatkan kawasan belukar seluas kira-kira 0.2 hektar.

Operasi membabitkan seramai enam anggota dari BBP Miri Sentral dan tidak melibatkan agensi lain. Kejadian berlaku di kawasan Parlimen Sibuti dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir.

Pihak bomba menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka bagi mencegah kejadian kebakaran, khususnya ketika cuaca panas dan kering.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran