Rasuah bermula dari hilangnya rasa hormat terhadap hak orang lain – Shuhaily

KOTA BELUD – Rasuah bukan sekadar jenayah kewangan tetapi penyakit jiwa yang berpunca daripada hilangnya rasa hormat terhadap hak orang lain, kata Ketua Pengarah Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. 

Beliau berkata, rasuah ini bukan saja perbuatan keji tetapi lahir daripada nafsu duniawi yang tidak akan bertahan lama. 

“Tanggungjawab saya ialah memastikan generasi muda faham bahawa integriti itu asas maruah negara.

“Pendidikan nilai merupakkan benteng pertama melawan gejala rasuah kerana ia melibatkan soal hati, bukan sekadar undang-undang.

“Saya hadir ke sekolah bukan untuk memberi amaran, tetapi untuk menyedarkan anak-anak ini bahawa maruah dan kedaulatan negara bermula dengan diri sendiri,” katanya semasa sidang media selepas Program Benteng Persada: Dari Sempadan ke Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Arshad, di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pelajar agar berhati-hati dengan penggunaan media sosial yang disifatkannya sebagai ‘dunia tanpa jalan keluar’.

“Media sosial ini tiada jalan keluar. Apa yang dikongsi hari ini mungkin menjadi beban pada masa depan. Dunia maya penuh iri hati dan fitnah. Anak muda perlu matang dan berhemah.

“Keterdedahan terlalu awal kepada media sosial boleh menyebabkan pelajar mudah dipergunakan atau terjerumus dalam isu yang menjejaskan masa depan mereka.

“Sebaik saja anda masuk ke dunia media sosial, sukar untuk keluar. Tidak semua yang kelihatan indah itu benar,” jelasnya.

Jelasnya, dalam membina negara berdaulat, sempadan bukan hanya fizikal tetapi juga moral dan sosial.

“Rasuah, salah guna kuasa dan ketagihan dunia maya semuanya berpunca daripada hal yang sama iaitu hilangnya hormat terhadap hak orang lain,” katanya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi