PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melunaskan hutang pinjaman pengajian berjumlah RM12,629.82 milik Allahyarhamah Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut dalam kemalangan dua bas pada 19 April lalu.

Selain pelunasan hutang, waris turut menerima khairat kematian RM1,500 serta sumbangan wang tunai berjumlah RM2,000 dan kotak makanan melalui Program Ziarah PTPTN Prihatin, sebagai tanda sokongan kepada keluarga mangsa di Felda Chemplak, Labis, Johor.

Penyerahan sumbangan itu dilakukan oleh Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Zawiah Wan Abu Bakar, mewakili Pengerusi dan Pengurusan PTPTN, bersama Pengurus Pejabat PTPTN Negeri Johor, Rafidah Sidek.

Zawiah berkata, Allahyarhamah Manarina, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Dengan Kepujian di UUM serta peminjam PTPTN, layak menerima manfaat di bawah Skim Perlindungan Takaful Berkelompok.

“Menerusi skim itu, hutang pinjaman pengajiannya berjumlah RM12,629.82 diselesaikan sepenuhnya, selain waris turut menerima khairat kematian sebanyak RM1,500,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

PTPTN turut menyerahkan sumbangan wang tunai CSR RM2,000 serta kotak makanan kepada keluarga Allahyarhamah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan dalam menghadapi detik sukar.

Dalam kenyataan itu, Zawiah memaklumkan PTPTN komited menjaga kebajikan peminjam melalui pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Skim Perlindungan Takaful Berkelompok, termasuk kes kematian atau keilatan kekal menyeluruh.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban keluarga Allahyarhamah dan memberikan sedikit kelegaan dalam menempuh masa sukar ini,” katanya.

Related Posts

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

KUDAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM31 juta bagi pembangunan Pulau Banggi yang melibatkan pelbagai projek infrastruktur dan kemudahan asas untuk penduduk tempatan. Menurut Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

KUDAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Pulau Banggi, Kudat menjadi contoh kawasan terpencil yang tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan negara termasuk dalam bidang pendidikan dan transformasi digital.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

  • By Ynom
  • May 9, 2026
SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar