Fitnah politik: Senjata media sosial yang mengancam demokrasi

PERKEMBANGAN politik di Ayer Kuning baru-baru ini sekali lagi membuktikan bahawa taktik fitnah politik masih menjadi senjata utama sesetengah pihak untuk meraih sokongan.

Dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu, Perikatan Nasional (PN) dilihat menyebarkan naratif kononnya kawasan tersebut menjadi lokasi lambakan ladang babi terbesar di Perak.

Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, kaedah PN berkempen itu bukan sahaja mencipta naratif tidak benar, malah disifatkan sebagai cubaan memburukkan imej kawasan dan mencetuskan sentimen kaum serta agama.

“Saya sendiri turun padang berkempen, hampir dua minggu saya berada di Ayer Kuning, penduduk tempatan sangat marah dan kecewa bila naratif ini tercetus yang menggambarkan kawasan mereka dalam keadaan hina.

“Netizen di media sosial terutamanya penyokong pembangkang percaya dan berapi-api menghina Ayer Kuning, sedangkan mereka tidak berada di kawasan itu malah ada yang tidak pernah menjejak kaki pun.

“Tentulah orang kampung kecewa, PN fitnah dan nak patenkan Ayer Kuning di alam maya kononnya tempat mereka kawasan penternakan babi besar-besaran,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, PN menjadikan babi sebagai konten untuk berkempen sekali gus mencipta gelombang di media sosial bagi menghasut pengundi membenci kerajaan Perak.

“Tiada bukti pun mereka tunjuk, tiada gambar, video lambakan ladang babi di Ayer Kuning yang PN tunjuk pada sidang media. Yang ada kononnya ada berlaku pencemaran ladang babi berlesen di Kampung Poh, Bidor yang terletak di luar kawasan Ayer Kuning.

“Mereka sanggup bawa pengamal media menunjukkan kawasan pencemaran babi itu, sebab apa mereka sanggup? Sebab nak jadikan konten untuk kempen media sosial mereka sahaja.

“Bersusah payah beberapa pemimpin Pas meranduk air sungai nak cari najis babi, gigih tunjukkan kononnya ada saluran bocor ke sungai yang belum betul kesahihannya, pengamal media yang pergi pun tak tahu nak laporkan apa sebab tiada bukti pun hasil tinjauan itu.

“Tapi itu yang PN mahu, guna untuk konten media sosial bagi menjentik emosi netizen sedangkan ia tidak berlaku, mujur rakyat Ayer Kuning ini lebih tahu daripada netizen yang PN sebenarnya telah memfitnah kawasan mereka.

Azhar berkata, taktik PN yang menggunakan gelombang babi di Ayer Kuning itu akhirnya memakan diri mereka sendiri.

“Rakyat Ayer Kuning menterjemahkan rasa tidak puas hati mereka melalui peti undi, mereka meluat dan menolak fitnah PN itu.yang akhirnya memilih Barisan Nasional (BN). Akhirnya senjata makan tuan.

“PN kalah di 19 daripada 20 pusat daerah mengundi, malah saluran banyak pengundi muda tidak mengundi calon PN. Ini satu bukti bahawa rakyat semakin bijak menilai kempen politik dan tidak mudah terpengaruh dengan persepsi palsu yang dimainkan di media sosial,” katanya.

Namun, Azhar menegaskan, fitnah bukanlah senjata baharu dalam arena politik Malaysia.

Jelasnya, ia telah digunakan secara meluas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), terutamanya terhadap BN dan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ketika itu, kempen media sosial membentuk gelombang besar anti-BN dan anti-Zahid, dengan pelbagai naratif negatif yang beredar secara viral, banyak daripadanya tidak berasaskan fakta atau sengaja dimanipulasi.

“Gambar, video pendek, petikan ucapan yang diubah suai, semua ini menjadi alat untuk membentuk persepsi awam.

“Ahmad Zahid digambarkan sebagai ancaman sekiranya BN menang, dan naratif ini dimainkan berulang kali di platform seperti TikTok dan Facebook, membina satu imej yang akhirnya mempengaruhi keputusan pengundi muda dan atas pagar,” katanya.

Justeru, Azhar berkata, fitnah seperti ini bukan sahaja salah dari segi moral dan undang-undang, malah dalam Islam ia dianggap dosa besar.

“Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh” bukan sekadar perumpamaan, ia menggambarkan bagaimana maruah seseorang boleh dihancurkan tanpa sempadan, hanya melalui manipulasi persepsi.

“Lebih membimbangkan, taktik ini nampaknya akan terus digunakan dalam pilihan raya akan datang. Ini kerana ia murah, pantas, dan berkesan, selagi tiada tindakan tegas dikenakan, budaya ini akan terus membarah,” katanya.

Related Posts

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, menyeru seluruh rakyat negeri ini supaya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka boleh berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengundi kini cenderung pilih individu berbanding parti – Mat Sabu

SEREMBAN – Corak pengundian dalam kalangan rakyat kini menunjukkan peralihan ketara apabila pengundi semakin cenderung memilih individu berbanding parti politik, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sesi libat urus perkukuh kerjasama, percepat penyelesaian isu rakyat

Sesi libat urus perkukuh kerjasama, percepat penyelesaian isu rakyat

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa

Perkasa keselamatan di ESS Zone guna teknologi canggih, AI – Hajiji

Perkasa keselamatan di ESS Zone guna teknologi canggih, AI – Hajiji

Pengundi kini cenderung pilih individu berbanding parti – Mat Sabu

Pengundi kini cenderung pilih individu berbanding parti – Mat Sabu

Pendirian tolak MB Negeri Sembilan kekal, tunggu penjelasan pimpinan tertinggi UMNO

Pendirian tolak MB Negeri Sembilan kekal, tunggu penjelasan pimpinan tertinggi UMNO

Rais Yatim diminta hormat, tidak campuri krisis adat Negeri Sembilan

Rais Yatim diminta hormat, tidak campuri krisis adat Negeri Sembilan