Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan ibu bapa agar memantau anak-anak yang sedang meningkat remaja berhubung penggunaan selamat telefon pintar bagi mengelakkan berlakunya jenayah digital.

Fahmi berkata, isu jenayah digital ini amat membimbangkan dalam kalangan remaja dan perlu dibendung dengan kadar segera.

“Ini realiti, siapa tak marah bila wajah anak kita diambil, disunting jadi tak senonoh dan kemudiannya dijual dengan harga RM2 sekeping.

“Memang mengerikan Inilah jenayah digital yang baru saja berlaku di Kulai, Johor yang melibatkan pelaku bawah umur guna teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk sunting wajah rakan sekolah jadi bahan lucah, melalui telefon bibit.

“Kemudian, jual di media sosial Mangsa kawan sekolah sendiri jenayah ini dibongkar lepas pihak polis menerima laporan pertama dari seorang mangsa pelajar perempuan, 18 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran video berdurasi satu minit 17 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada Selasa.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, situasi ini amat menyayat hati di mana terdapat juga mangsa berusia 13 tahun malah turut melibatkan puluhan mangsa yang lain lagi.

Tambahnya, remaja ini akhirnya disiasat bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Justeru, Fahmi mengingatkan, ibu bapa harus tegas dalam mendisiplinkan anak-anak dari segala aspek terutamanya penggunaan telefon bimbit bagi mengelakkan kemudahan teknologi ini disalahgunakan.

“Ibu bapa tolonglah pantau anak-anak bukan sekadar bagi telefon bimbit dan pantau mereka sebaiknya.

“Teknologi bukan alat merosakkan maruah dan masa depan anak-anak kita.

 “Ingatlah, jangan kerana teknologi yang disalah guna, masa depan anak kita tergadai,” katanya.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan