
KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) bakal umum lima atau enam lagi senarai calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan (DU) Sabah dalam masa beberapa hari ini.
Presidennya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kesemua senarai yang akan diumum kelak merupakan muka baharu.
“Berbaki beberapa kerusi, iaitu lima atau enam.
“Saya akan umumkan dalam masa beberapa hari,” katanya dalam sidang media selepas Pengumuman Calon BN di Bangunan UMNO Sabah di sini, pada Ahad.
Jelasnya, 80 peratus daripada calon yang ditampilkan adalah muka baharu.
“Kita melihat bahawa tuntutan anak muda, undi anak muda untuk PRU ini adalah 65 peratus.
“Saya punya mesej konsisten supaya belia-belia melihat masa depan Sabah lebih baik daripada hari ini bermakna kita BN memberi calon-calon anak muda kita, kita bersedia untuk merubah nasib Sabah demi untuk negeri Sabah,” jelasnya.
Beliau berkata, BN bersedia menggalas amanah untuk merubah nasib rakyat Sabah, memperbetulkan keadaan yang tidak baik pada hari ini.
“BN akan mengeluarkan Sabah daripada kemiskinan lapan daerah itu di Sabah dalam dua, tiga tahun kita keluarkan negeri Sabah daripada kemiskinan,” ujarnya.






