Projek rakyat diteruskan walau kos meningkat, cabaran ekonomi global

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan projek berorientasikan rakyat (projek rakyat) akan kekal diteruskan meskipun berdepan tekanan kenaikan kos serta ketidaktentuan ekonomi global semasa.

Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander berkata, buat masa ini kementerian masih mampu bertahan dengan menyesuaikan pendekatan agar pelaksanaan projek kekal lancar walaupun berdepan gangguan rantaian bekalan di peringkat global ketika ini.

Menurut beliau, sehingga kini terdapat 855 projek yang kekal dijalankan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Selain itu, pelaksanaan projek kecil melibatkan kontraktor G1 hingga G4 khususnya dalam kerja penyelenggaraan jalan dan pembaikan akan disesuaikan mengikut keperluan semasa.

“Langkah seperti pengurangan skop projek turut dilaksanakan bagi memastikan kos terkawal. Sebagai contoh, jika kos tender projek RM1 juta bagi satu kilometer, kita boleh pendekkan skop kepada jarak lebih sesuai kerana apa yang penting, projek tidak terhenti dan tetap diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KKR bagi bulan April 2026 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid KKR, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, untuk itu tumpuan akan diberikan kepada projek pembinaan yang terjejas, khususnya membabitkan kontraktor yang berdepan tekanan.

“Kerajaan akan meneliti setiap projek bermasalah dan mengambil pendekatan bersasar bagi memastikan pelaksanaannya dapat diteruskan.

“Kita memang tumpu kepada mereka yang bermasalah, khususnya kontraktor apabila projek terjejas. Apa sahaja yang boleh dibantu, kita akan bantu,” katanya 

Dalam pada itu, Alexander memaklumkan, satu pelan tindakan segera akan diselaras bersama JKR, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta agensi berkaitan bagi memantau kesan kenaikan harga minyak terhadap kos pembinaan utama.

Menurut beliau, langkah tersebut penting bagi memastikan pemantauan berkala dilakukan terhadap perubahan kos bahan seperti bahan api, bitumen, keluli, simen serta logistik.

“Data diperoleh menerusi pemantauan tersebut akan digunakan secara proaktif untuk mempercepatkan proses membuat keputusan dan bukan sekadar bertujuan pemantauan semata-mata.

“Manakala penggunaan teknologi moden seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Building Information Modelling (BIM) akan dipergiatkan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek, mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan penggunaan sumber pembinaan.

“Pihak kementerian turut terlibat secara aktif dalam perbincangan di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bermesyuarat setiap minggu bagi menentukan hala tuju dasar serta pelarasan yang diperlukan merentas kementerian,” katanya.

Related Posts

Krisis tenaga: Mahkamah Syariah disyor guna prosiding secara dalam talian

PUTRAJAYA – Mahkamah Syariah diseru mengambil inisiatif bagi menjalankan prosiding sebutan kes secara dalam talian yang membabitkan penglibatan masyarakat awam dan Peguam Syarie yang berurusan di Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, Presiden,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan BDR tunjuk kesan positif hari pertama

PUTRAJAYA – Pelaksanaan hari pertama dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam, pada Rabu mempamerkan kesan positif apabila aliran trafik di pusat pentadbiran kerajaan itu dilihat lebih terkawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori