Projek pelebaran PLUS di Johor bermula

JOHOR BAHRU – Inisiatif kerajaan persekutuan meluluskan permohononan projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong di beberapa laluan di Johor memberikan manfaat kepada lebih 90,000 pengguna jalan raya di situ.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Hasni Mohammad dilaporkan berkata, sejak pertengahan Julai, kerja-kerja awalan bagi projek pelebaran PLUS membabitkan Senai (Utara) ke Sedenak sudah bermula.
 
“Pembinaan lorong tambahan bagi fasa pertama melibatkan peruntukan RM525 juta itu merangkumi jarak sejauh 21.8 kilometer (km) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
 
“Pelaksanaan projek berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 90,000 pengguna harian lebuh raya terbabit dengan kerja awalan pelebaran tersebut tidak akan mengganggu aliran trafik,” katanya dalam kenyataan.
 
Pada masa sama menurut beliau, beberapa cadangan dikemukakan PLUS Malaysia Berhad bagi mengurangkan kesesakan termasuk pengurusan trafik bersepadu untuk memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar.
 
“Bagi fasa kedua projek melibatkan jarak sejauh 16.6km dari Simpang Renggam ke Yong Peng pula dijangka bermula pada suku pertama 2025 serta siap sepenuhnya pada suku keempat 2028.
 
“Projek berimpak tinggi diperjuangkan Kerajaan Johor ini juga diyakini mampu menjadi pemangkin pembangunan sosioekonomi sekali gus merealisasikan hasrat menjadi negeri maju menjelang 2030,” katanya.

Pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 mengumumkan projek pelebaran Lebuhraya PLUS daripada empat kepada enam lorong itu dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam dengan melibatkan kos RM931 juta.

Setakat ini, laluan enam sehingga lapan lorong di Lebuhraya PLUS dari Kuala Lumpur ke selatan berakhir di Melaka.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti