Projek JPD akan disegera demi kepentingan Orang Asli, rakyat Nenggiri – Zahid

GUA MUSANG – Kerajaan komited akan melaksanakan projek pembangunan dan menyiapkan Jalan Perhubungan Desa (JPD) bernilai RM190 juta dalam masa terdekat yang melibatkan beberapa Pos penempatan Orang Asli di Gua Musang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek pembangunan melibatkan sepanjang 94 kilometer itu akan memberi impak dan manfaat kepada 7,147 penduduk Orang Asli melibatkan 68 buah kampung.

Beliau berkata, kemudahan jalan penghubung itu juga bagaimanapun dapat memendekkan masa perjalanan selain akan menyelesaikan masalah penduduk terutama guru-guru yang bertugas di kawasan berkenaan.

“Pembinaan jalan penghubung itu merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk mengarus perdanakan masyarakat Orang Asli bagi memastikan mereka tidak terpinggir daripada menerima nikmat kemakmuran dan kesejahteraan negara.

“Justeru itu, saya telah meminta pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysi, agensi JAKOA terlibat supaya mencari jalan untuk mempercepatkan proses penyiapan jalan ini sekaligus kesensaraan yang dihadapi mereka dapat dinoktahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas selesai Majlis Perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Membinaan Jalan Perhubungan Desa Di Kuala Betis-Pos Bihai-Pos Belatim-Pos Balar- Pos Hau-Kuala Betis & Projek Mengganti Jambatan Batu 6, Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.

Projek berkenaan merupakan inisiatif Jakoa untuk menambah baik rangkaian infrastruktur jalan perhubungan bag meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk Orang Asli di negeri Kelantan Khususnya di sekitar Jajaran Perkampungan Orang Asli di Gua Musang.

Related Posts

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting