Keselamatan siber di Malaysia masih lemah

PUTRAJAYA – Aspek keselamatan siber harus diberi keutamaan memandangkan Malaysia masih berada di tahap lemah dalam perkara itu, berbanding negara lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sehubungan itu, bagi menangani isu berkenaan ia memerlukan banyak latihan, kepakaran serta jaringan dengan badan risikan siber.

Anwar berkata, beberapa tindakan tegas diperlukan antaranya peraturan yang bakal diperkenal, bertujuan mengatasi jenayah dalam talian dan buli siber, sekali gus mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk pengguna.

“Antara yang dilakukan kerajaan dalam menangani isu ini adalah dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Keselamatan Siber, dan baru-baru ini Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo memberi banyak tumpuan supaya keselamatan dalam talian itu dijamin untuk rakyat dalam dan luar negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Bulan Keselamatan Negara 2024, di sini, hari ini.

Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, undang-undang baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan digital merangkumi peruntukan berhubung tatacara dan penguatkuasaan suis pemati akan dibentang di Parlimen Oktober ini.

Beliau berkata, undang-undang itu antara lain bakal meletakkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet untuk memainkan peranan bagi menangani jenayah dalam talian seperti penipuan, buli siber, penyebaran bahan penganiayaan seksual kanak-kanak serta gangguan dan antun seksual.

Sementara itu, Anwar menyeru rakyat supaya tidak meremehkan keperluan pertahanan negara, memandangkan ada segelintir rakyat yang dilihat berasa selesa dengan keselamatan negara berikutan keadaan yang aman, makanan mencukupi, kadar pertumbuhan ekonomi yang membanggakan, kadar pengangguran menurun dan pelaburan ke dalam negara yang meningkat.

Katanya, pertumbuhan ekonomi juga harus diberi tumpuan tanpa mengetepikan aspek keselamatan negara, termasuk berkaitan nilai dan tatakelola baik dalam pasukan keselamatan yang turut merangkumi cara perolehan yang telus, yakni aspek penting keselamatan negara.

“Kalau matlamat itu menjaga keselamatan negara maka cara perolehan itu harus bertanggungjawab. Kadang-kadang perolehan itu untuk menjamin keselamatan tetapi cara membeli itu menyebabkan terlalu banyak ketirisan, dan ini mesti dihentikan,” katanya.

Dalam isu Laut China Selatan, Anwar berkata, hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dan China serta negara Barat tetap baik walaupun terdapat laporan antarabangsa seolah-olah berlaku cetusan dan pelanggaran beberapa peraturan oleh China.

“Kita tidak terikut-ikut dengan kerangka diplomasi asing. Kita tentukan kepentingan dan strategi (negara) sendiri.

“Dalam pengalaman kita, setakat ini kita tidak hadapi ancaman yang kita anggap membimbangkan.

“Walaupun kalau kita lihat media Barat itu menekankan seolah-olah ada cetusan dan pelanggaran beberapa peraturan oleh China tapi hubungan kita dengan China menunjukkan bahawa semua permasalahan boleh diselesaikan di meja rundingan secara teratur dan sopan,” katanya.

Related Posts

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting