Program ERAT EAIC perkukuh keyakinan masyarakat

Oleh: Andy Anderson Befod

KOTA SAMARAHAN – Ketelusan dalam tindakan agensi penguatkuasaan merupakan elemen penting untuk memastikan pembangunan di kawasan luar bandar dapat dilaksanakan dengan penuh integriti tanpa sebarang penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, keyakinan masyarakat luar bandar terhadap inisiatif kerajaan akan lebih terjamin apabila mereka menyaksikan komitmen yang jujur dan konsisten daripada agensi yang terlibat.

Tambah beliau, dengan pendekatan seperti ini, masyarakat desa akan lebih mudah untuk menerima dan menyokong projek pembangunan yang dilaksanakan.

Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata demikian ketika menyempurnakan Program Encouraging Responsibility, Accountability, Trustworthiness (ERAT) anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di Dewan Pertubuhan Peladang Kota Samarahan pada Sabtu.

Dalam ucapannya, beliau menekankan program ini membawa mesej penting mengenai nilai integriti, akauntabiliti, dan kepercayaan dalam kalangan penguat kuasa, mahasiswa, serta masyarakat umum.

Menurut beliau, inisiatif seperti ini bukan sahaja dapat merapatkan jurang antara agensi penguatkuasaan dan masyarakat, tetapi juga memberi impak yang besar kepada komuniti desa.

“Bagi masyarakat desa, yang mungkin kurang berinteraksi dengan pihak berkuasa, program seperti ini adalah platform yang sangat penting dalam membina kepercayaan terhadap agensi penguat kuasa,” jelas beliau.

“Komunikasi yang terbuka antara agensi penguat kuasa dan masyarakat desa melalui program sebegini memberi peluang kepada masyarakat untuk menyuarakan pandangan mereka dan memahami dengan lebih jelas kesan keputusan yang dibuat terhadap kehidupan mereka,” tambahnya.

Turut hadir Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr. Ismail Bakar, serta Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy