Remaja perempuan dilapor hilang sejak Sabtu

KUANTAN – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Kampung Paya Chedung, dekat Maran, dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Ummul Ayuni Atiqah Mohd Khamis yang dibuat ahli keluarganya pada hari sama remaja itu gagal dikesan.

Ketika kali terakhir dilihat, Kim Wai berkata, remaja itu dilaporkan memakai baju kemeja lengan pendek dengan corak petak-petak berwarna hitam-putih, seluar slack hitam, tudung hitam dan sandal hitam.

“Ciri fizikal remaja itu ialah berambut hitam paras bahu, berbadan sederhana, tinggi kira-kira 150 sentimeter dan ada tanda pengecaman berupa tahi lalat di bahagian pipi kiri,” katanya.

Beliau memaklumkan pihak polis sudah melakukan pencarian di Maran, Sri Jaya, Chenor, Pekan Awah, Bandar Jengka dan Sungai Jerik namun remaja terbabit belum dapat dikesan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ummul Ayuni Atiqah diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Maran melalui nombor 09-4771222 atau mana-mana balai polis terdekat.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy