Program Celik Madani latih pelajar IPT menabung

PUTRAJAYA – Program Celik Madani membantu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) meningkatkan pelaburan dan membina tabiat menyimpan sejak usia muda.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, mahasiswa baharu akan diberi sumbangan dana pelaburan awal RM50 yang dikunci selama lima tahun.

“Jika diandaikan pulangan dividen sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 5.5 peratus setahun dan pelajar membuat simpanan tambahan RM20 sebulan selama empat tahun.

“Ini diikuti dengan simpanan RM100 sebulan ketika mula bekerja selama enam tahun dan mereka dijangka mampu mempunyai simpanan terkumpul melebihi RM10,000 dalam tempoh 10 tahun, jika tiada pengeluaran dibuat,” katanya pada majlis Penyerahan Memorandum Perjanjian Program Celik Madani di ibu negara, hari ini.

Amir Hamzah berkata, Program Celik Madani menyasarkan penyertaan seramai sejuta pelajar IPT dalam masa lima tahun, bermula September depan secara berfasa.

“Fasa pertama program ini membabitkan enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang memberi komitmen untuk melabur dana sebanyak RM120 bilion bagi tujuan pelaburan langsung domestik dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan pelaburan mereka di dalam pasaran modal awam bernilai RM440 bilion.

“Enam GLIC terbabit ialah Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan, Permodalan Nasional Bhd, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera,” katanya.

Selain itu, melalui inisiatif ini, Amanah Saham Nasional Berhad akan menyumbang sebanyak RM25 dan kerajaan akan memadankan baki RM25 supaya setiap pelajar akan menerima RM50.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16