Steven Sim nafi tolak laporan Ketua Audit Negara

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, menafikan pihaknya menidakkan syor dan teguran Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), susulan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HRD Corp, Datuk Shahul Hameed Dawood, dibenarkan kembali bertugas di agensi itu.

Katanya, sebagai menteri bertanggungjawab terhadap HRD Corp, beliau tidak sekali-kali mengambil pendekatan ‘menuding jari’.

Sebaliknya, Steven berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa menentukan sama ada terdapat kesalahan dilakukan oleh mana-mana individu.

“Tidak benar sama sekali ulasan, pandangan dan kritikan sama ada oleh Ketua Audit Negara atau PAC ditidakkan.

“Malah, KESUMA (Kementerian Sumber Manusia) menjadi kementerian pertama dalam sejarah membuat laporan kepada pihak berkuasa, iaitu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), susulan LKAN.

“Perlu diingatkan, teguran PAC dan LKAN adalah ketika pentadbiran dahulu. Tugas saya adalah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan, semuanya sudah dilakukan.

“Tugas seterusnya ialah meneruskan reformasi untuk memperbaiki tatakelola sedia ada, ini juga sudah dijalankan,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja bagi KESUMA, di Dewan Rakyat, hari ini.

Malah, Steven menegaskan reformasi terbabit sudah bermula sejak Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, menerajui kementerian itu.

“Ini (reformasi) sudah dimulakan dari zaman saudara Sivakumar supaya kita boleh mengelakkan kepincangan dan hasilnya pencapaian tahun lalu menunjukkan HRD Corp berjaya mengutip levi dan kelulusan penggunaan levi tertinggi.

“Bagi latihan 1.5 juta pekerja, berlaku kenaikan hampir 20 peratus berbanding sebelum ini, pendapatan turut meningkat.

“Kerana itu saya katakan, ‘no one will be save’ (tiada siapa akan selamat) kalau buat salah. Kita akan biarkan pihak berkuasa, iaitu SPRM, tentukan dalam hal ini.

“Jika keluar laporan (salah laku), kita akan minta tindakan sekeras-kerasnya,” katanya.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang mempersoalkan keputusan membenarkan CEO HRD Corp kembali bekerja sedangkan LKAN jelas menunjukkan berlaku ketirisan dalam tatakelola membabitkan agensi itu.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16