PRN17 Sabah: Cadangan 13 kerusi PKR Sabah berteraskan kerjasama, bukan campur tangan pusat

KOTA KINABALU – Cadangan 13 kerusi PKR Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah adalah berteraskan kerjasama dan bukannya campur tangan pusat, kata Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Mohd Guntur Sangkar.

Guntur mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pusat Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), Anuar Ghani pada Isnin yang mempersoalkan hasrat PKR untuk bertanding 13 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) yang akan datang.

“Pertama sekali, perlu dijelaskan bahawa cadangan 13 kerusi oleh PKR Sabah bukanlah keputusan sepihak yang dibuat oleh pimpinan parti di peringkat pusat.

“Senarai tersebut adalah hasil perbincangan berterusan antara PKR Sabah dengan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Guntur yang juga merupakan Ketua AMK cabang Pensiangan berkata, cadangan itu dibentuk berdasarkan semangat kerjasama politik yang matang, tanpa mengetepikan peranan parti-parti tempatan.

Guntur menegaskan PKR Sabah bukan sekadar ‘cawangan’ yang menurut arahan pusat secara membuta tuli.

Sejak awal penubuhannya, PKR Sabah dibangunkan melalui kerjasama erat antara aktivis tempatan dan pimpinan nasional, menjadikannya sebuah parti nasional yang benar-benar berakar di Sabah.

“Malah, PKR adalah satu-satunya parti nasional yang secara rasmi meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam perlembagaan partinya yang jelas menggambarkan satu komitmen jelas terhadap hak dan autonomi Sabah,” tegasnya.

Sebaliknya, beliau berkata, STAR Sabah perlu menilai rekodnya sendiri sebelum melabel pihak lain sebagai ‘orang luar parti’.

“STAR pernah bersekutu dengan Perikatan Nasional, sebuah gabungan yang secara terbuka telah melemahkan kedudukan Sabah dalam rundingan MA63 dan gagal menunaikan banyak janji pembangunan.

“Hakikatnya, PKR Sabah kekal konsisten dalam perjuangan reformasi dan keadilan untuk rakyat Sabah, sedangkan STAR terus berubah-ubah pendirian mengikut kepentingan politik semasa.

“Apa yang Sabah perlukan ialah kestabilan dan prinsip bukan oportunis,” tambahnya.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi