Hajiji mahu pertahan kerajaan sedia ada, GRS-PH

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu pertahan kerajaan sedia ada iaitu Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah akan datang.

Bagaimanapun, Hajiji berkata GRS belum memuktamadkan sebarang bentuk kerjasama rasmi.

“Belum. Kita mahu kerjasama. Kita pertahan sekarang kerajaan GRS-PH, itu asas kita.

“Kita telah sampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika ditanya mengenai kenyataan pemimpin PH baru-baru ini yang menyeru GRS supaya segera memuktamadkan kerjasama dalam PRN depan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jeti dan Perasmian Feri Penumpang Kota Kinabalu-Labuan di pelabuhan Kota Kinabalu pada Selasa.

Jelasnya, perkara-perkara lain akan dibincang kemudian memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum dibubarkan.

“Jadi yang lain-lain kita akan berbincang. Belum lagi pilihan raya, bubar pun belum.

“Jadi sabar seja kamu tunggu nanti kami beritahu,” ujarnya.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda