PRK Sungai Bakap: Penerimaan kaum India terhadap Cikgu Joohari ‘tip top’

NIBONG TEBAL – Penerimaan kaum India terhadap calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, disifatkan agak memberangsangkan selepas beberapa pertemuan dilakukan sejak Sabtu lalu.

Naib Presiden PKR, K Saraswathy berkata, penerimaan berkenaan dilihat sebagai petanda awal yang positif dan yakin ia mampu diterjemahkan kepada undi pada 6 Julai nanti.

Menurut beliau, hanya beberapa isu tempatan yang dihadapi oleh kaum India di Sungai Bakap, khususnya dalam mendapatkan pelbagai bantuan daripada kerajaan.

“Isu mendapat bantuan dan kebajikan dilihat menjadi isu yang menjadi kerisauan di pihak kita namun kita akan membantu mereka sebaiknya.

“Antara sebab ini berlaku kerana kita mendapati ramai orang India masih tidak mendaftarkan diri dalam eKasih. Ini kita akan usaha sebaiknya agar tiada mereka yang tercicir,” katanya pada ceramah perpaduan PRK DUN Sungai Bakap di Puteri Gunong, malam tadi.

Mengulas lanjut, Saraswathy yang juga Timbalan Menteri Perpaduan berkata, pihaknya memandang serius isu yang berlaku susulan lebih ramai menjadi miskin tegar, selepas negara menghadapi Covid-19.

“Apa yang menjadi kebimbangan, golongan B40 sudah ramai tercicir menjadi miskin tegar dan mereka tidak sedar sebenarnya mereka layak menerima bantuan eKasih.

“Sehubungan itu, kita akan ambil langkah bagi mengenal pasti untuk kita pastikan mereka yang layak mendapat bantuan tidak tercicir dari menerimanya,” katanya.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Abidin Ismail dan PH yang diwakili bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

Related Posts

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PUTRAJAYA – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan membuktikan Kerajaan MADANI tidak meminggirkan mana-mana negeri, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat merentasi perbezaan politik. Timbalan Naib Canselor Akademik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan bagi mana-mana kuasa luar untuk mengambil alih kawalan Selat Melaka kerana laluan perairan strategik itu kekal aman serta mampu diuruskan sepenuhnya oleh negara serantau. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000