Penjelasan isu saham MAHB jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR – Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, lapor Bernama.

Mohd Shahar meminta Perdana Menteri menyatakan penjelasan terhadap keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB itu.

Pada sesi yang sama, Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta Perdana Menteri menyatakan strategi kerajaan susulan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-34 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2024.

Pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pula, Manndzri Nasib (PN-Tenggara) meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bentuk bantuan yang disediakan kepada pembeli rumah yang berdepan masalah projek sakit khususnya projek perumahan di bawah inisiatif perumahan rakyat.

Selain itu, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) meminta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kes yang diterima menerusi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental sehingga kini, serta tindakan susulan yang diambil untuk membantu golongan yang memerlukan.

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan bagi Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali kedua daripada Menteri Sumber Manusia.

Turut tersenarai dalam aturan mesyuarat hari ini ialah pembentangan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024, juga daripada Menteri Sumber Manusia.

Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. 

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar