PrEP perlu bersasar, elak jadi penggalak aktiviti songsang, maksiat

PUTRAJAYA – Profilaksis prapendedahan (PrEP) iaitu langkah pencegahan jangkitan HIV perlu difahami sebagai rawatan dalam perubatan, bukannya sebagai platform untuk melakukan lebih banyak maksiat secara selamat.

Pakar perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, langkah terbabit perlu dilihat sebagai profilaksis, iaitu tindakan atau rawatan yang diambil untuk mencegah atau melindungi diri daripada penyakit.

Beliau berpandangan, PrEP juga tidak wajar diberi kepada pengamal homoseksual yang aktif, kerana ia boleh menyebabkan ruang untuk mencegah aktiviti songsang itu tertutup.

“Bagaimana galakan memberi PrEP dan tegahan maksiat boleh bersama-sama duduk dalam satu ayat? Di manakah ruang untuk diselit kata taubat? Kebanyakan yang menyokong PrEP ini tidak memahami konteks sebenar dan menganggap ia rawatan.

“Ia bukan rawatan kerana amalan homoseksual itu adalah “behaviour” yang boleh dicegah dan peringatan telah diberi berkali-kali dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

“PrEP seharusnya dilakukan secara bersasar, diberi kepada isteri atau suami yang masih negatif HIV tetapi suami atau isteri mereka positif HIV. Ia sebagai profilaksis,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Dalam pada itu, Rafidah Hanim berkata, tidak wajar PrEP ditawarkan kepada pelajar atau remaja bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa susulan mereka berhak mengetahui amalan anak-anak mereka lebih-lebih lagi dalam aktiviti yang menjurus kepada risiko jangkitan HIV.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa Bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) memaklumkan, tingkah laku homoseksualiti yang menjadi antara punca utama jangkitan HIV dalam kalangan remaja perlu dibincangkan secara bersama antara ibu bapa, remaja dan doktor sama seperti penyakit-peyakit lain.

“Urusan kesihatan harus melibatkan keluarga dan ibu bapa, apatah lagi jika melibatkan unsur moraliti. Anak-anak ini masih boleh dibentuk, bukan kita tergopoh-gapah memberi PrEP hanya untuk kelangsungan “homoseksualiti yang dikatakan selamat”.

“Apatah lagi para doktor tidak dibenarkan menyebut perkataan haram (rujuk garis panduan PrEP) kerana kononnya “judgemental”, jadi bagaimana para doktor menerapkan moraliti dan agama kepada anak-anak kita yang baru ingin mengenal dunia? Bantulah ibu bapa,” katanya.

Pelbagai pihak sebelum ini melahirkan kebimbangan susulan pendedahan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, yang mana seramai 222 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini disahkan menghidap HIV, tahun lalu.

Menurutnya, jumlah keseluruhan jangkitan HIV dalam kalangan pelajar IPT dari 2020 hingga 2024 adalah seramai 1,091 orang.

Lukanisman berkata, KKM berdepan cabaran besar menyediakan akses ujian saringan kendiri bagi kes HIV kepada remaja di bawah umur kerana memerlukan kebenaran ibu bapa untuk menjalankan ujian dan mendapatkan rawatan.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang