Unimap kaji kesan peluasan SST terhadap mahasiswa

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (Unimap) komited meneliti secara menyeluruh kesan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap mahasiswa universiti itu.

Naib Canselornya, Datuk Prof DrZaliman Sauli berkata, langkah itu selaras dengan arahan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mahu semua universiti awam mengutamakan kebajikan pelajar.

“Sebagai institusi yang sentiasa meletakkan kesejahteraan mahasiswa sebagai keutamaan, Unimap akan melaksanakan kajian dalaman berhubung implikasi ekonomi, sosial dan psikologi pelajar terhadap pelaksanaan dasar fiskal ini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, libat urus turut akan dilakukan bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), wakil kolej kediaman dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi mengenal pasti bentuk sokongan atau intervensi bersesuaian.

“Antara yang sedang dipertimbangkan termasuklah peluasan inisiatif tabung amanah dan zakat bagi membantu pelajar daripada keluarga B40 yang paling terkesan.

“Unimap juga akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Pendidikan Tinggi serta universiti awam lain agar langkah penambahbaikan dapat diselaraskan dengan lebih berkesan,” katanya.

Tambahnya, Unimap percaya sebarang perubahan dasar ekonomi perlu diteliti secara menyeluruh termasuk dari sudut akses kepada pendidikan tinggi agar ia kekal inklusif dan tidak membebankan pelajar.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen