PPNS perkenalkan kaedah kargo udara ke Singapura

KUCHING – Perkhidmatan kargo udara akan menjadi kaedah baru untuk menghantar produk pertanian dari Sarawak ke hab utama Singapura.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kaedah ini akan mempercepatkan proses penghantaran dan memberi hasil lumayan kepada petani Sarawak untuk menjual produk mereka di pasaran antarabangsa.

Oleh itu, beliau mahu Persatuan Petani Sarawak (PPNS) menjadi koordinasi kepada pemasaran atau hasil makanan Sarawak.

“Kita tidak perlu membeli kapal terbang kargo kerana hanya perlu menyewa. Jadi, kos tidak akan terlalu tinggi,” kata beliau.

Tambah beliau, penerbangan ke Singapura boleh ditambah ke dua kali sehari jika kaedah tersebut berjaya.

“Apa yang kita perlu ialah bekalan hasil makanan yang berterusan,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian bangunan baharu Persatuan Petani Sarawak dan Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 pada hari Rabu.

Sementara itu, Abang Johari berkata, bangunan baharu PPNS yang menelan kos RM20 juta dilengkapi dengan kemudahan terkini untuk membolehkan komuniti pertanian menjual dan membeli produk pertanian.

“Kami ingin membentuk imej baharu untuk golongan petani, sebab itu saya meluluskan peruntukan untuk bangunan ini.

Selain itu, beliau berkata suntikan tersebut untuk mengubah imej dan kerjaya komuniti pertanian dan sudah tentu memerlukan dasar yang komprehensif.

  • Related Posts

    ‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

    KOTA KINABALU – Krisis dalaman Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) semakin memuncak apabila Ketua Penerangan, Iskandar Zulkarnain Ramli secara terbuka mendakwa Presiden, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah kehilangan sokongan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

    ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

    Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

    Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

    Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

    ‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

    ‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

    PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

    PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

    Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

    Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

    Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

    Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa