Politikkan titah TMJ bukti Armada terdesak – Pemuda UMNO

JOHOR BAHRU – Kenyataan oleh Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Johor, Alias Rasman yang menyifatkan urus tadbir kerajaan gagal hingga memaksa Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim untuk bersuara merupakan tindakan terdesak pembangkang dalam berpolitik.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah berkata, tindakan tidak bertanggungjawab Alias itu bukan sahaja dangkal dan biadab, namun jelas membuktikan kumpulan politik yang kehabisan modal apabila sanggup memutarbelitkan titah Raja demi meraih perhatian murahan.

“Memutarbelitkan titah Raja demi meraih perhatian politik murahan adalah satu tindakan yang keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan. Ketua Armada Johor ini perlu sedar, beliau tidak berada pada kedudukan moral mahupun kredibiliti untuk menilai urus tadbir kerajaan.

“Jadi, jangan alih perhatian rakyat dengan mempergunakan Institusi Diraja sebagai bahan politik atau cuba mengheret Institusi Diraja ke dalam percaturan politik sempit,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Hairi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, titah Tunku perlu dilihat dalam kerangka kasih dan keprihatinan seorang Raja terhadap rakyat dan negeri yang dikasihi, bukan diputar belit untuk menutup kelemahan sendiri.

“Untuk pengetahuan Armada Johor, semua perkara yang disentuh dalam Titah DYAM Pemangku Sultan Johor itu adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, bagaimanapun Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dan bekerjasama rapat serta saling membantu dalam memastikan isu seperti gaji minimum, hospital, “brain-drain”, dan bekalan air dapat dirasai seluruh Bangsa Johor.

“Ketua Armada Johor ini seharusnya lebih cermat dalam memberikan pandangan. Jangan sesekali cuba memanipulasi titah Raja demi kepentingan politik atau untuk menutup kegagalan sendiri ketika memegang tampuk kepimpinan,” katanya.

Tegas beliau, titah Pemangku Sultan Johor adalah suara keprihatinan tulen seorang Raja kepada rakyat dan ia tidak perlu dimanipulasi oleh individu berkepentingan dengan cuba menunggang sentimen istana demi agenda politik peribadi.

Terdahulu, Tunku Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mencari penyelesaian segera berhubung isu dihadapi tiga buah hospital di negeri ini.

Selain itu, baginda juga bertitah berhubung tawaran gaji minimum RM4,000 bagi graduan lepasan universiti di kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta sasaran beberapa pembinaan infrastruktur air mentah yang mampu menampung keperluan air di seluruh negeri.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis