Polis tahan lelaki warga asing disyaki curi racun

TAWAU – Balai Polis Bombalai menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki pecah masuk stor simpanan barang ladang di sini, pada Rabu.

Menurut siaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Polis Daerah Tawau, stor simpanan barang ladang dipecah masuk dan mendapati empat gelen isi padu 20 liter racun dan 15 barang penyembur racun telah hilang dari tempat simpanan.

“Sebaik menerima maklumat pecah masuk, sepasukan polis terdiri daripada anggota Balai Polis Bombalai bersama-sama dengan Polis Bantuan dan pengawal keselamatan telah membuat serbuan di sebuah rumah pekerja.

“Menyedari kehadiran pasukan serbuan, seorang lelaki warga asing berusia 20-an itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan setelah berlaku sedikit pergelutan.

“Hasil pandu arah suspek, pasukan serbuan telah menemui barang kes yang disembunyikan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti