Polis Marin kekal dalam PDRM – KPN

LAHAD DATU – Pasukan Polis Marin (PPM) akan kekal berada dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Demikian dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain selepas menyifatkan PPM masih kekal releven dalam memastikan keselamatan perairan negara terjamin daripada pelbagai ancaman.

“Jadi bagi pihak PDRM dan pucuk pimpinan PDRM, kita mesti pertahankan PPM ini perlu berada di PDRM walaupun sebelum ini perlu diletak di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Tapi dari kejayaan PPM juga membuktikan kita cakna ke atas perairan Pantai Timur Sabah yang banyak isu kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan maklumat berkenaan penculikan kita dapat kurangkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang medianya sempena Sambutan Peringatan Ulang Tahun ke-77 PPM di Markas Operasi PPM Lahad Datu Wilayah 4 Sabah di sini, pada Sabtu.

Menurut Razarudin, sejak 2020 hingga setakat ini, tiada kes penculikan atau ‘kidnap for ransom’ dilaporkan berlaku dan berharap agar perkara itu terus dipantau PPM serta agensi keselamatan lain di Eastern Security Sabah Command (ESSCOM).

Terdahulu, semasa menyampaikan Amanat, Razarudin berkata PPM berjaya merekodkan kejayaan cemerlang dengan menumpaskan kes sebanyak 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia sejak Januari hingga Oktober tahun ini.

Katanya, kesemua kes itu merekodkan nilai rampasan bernilai RM210 juta.

“Sebanyak 2,666 kes membabitkan kesalahan aktiviti perikanan yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan diikuti 2,653 aktiviti kebolehoperasian dan keselamatan vesel laut, 499 kes penyeludupan barang-barang kawalan seperti barang keperluan harian serta 382 kes merupakan penagihan dan penyeludupan dadah dalam kalangan komuniti maritim.

“Sebanyak 101 kes aktiviti pencerobohan masuk ke negara melalui jalan yang tidak sah, penyeludupan petrol dan diesel serta minuman keras dan rokok 184 kes, penyeludupan beras 85 kes, aktiviti pembalakan tidak sah 46 kes serta penyeludupan hidupan liar darat dan laut 44 kes.

“Jumlah itu turut membabitkan penyeludupan mercun dan penggunaan bahan letupan di dalam aktiviti perikanan 36 kes, pemerdagangan manusia dan migran 31 kes dan lain-lain kesalahan sebanyak 376 kes,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat 12 projek naik taraf, pembaikan dan perolehan baharu aset ronda PPM bernilai RM618 juta.

Antara projek-projek berkenaan adalah perolehan dua buah kapal ‘Police Transport’ (PT) baharu yang akan berfungsi sebagai kapal pengangkut barang dan juga ‘mothership’ untuk kegunaan operasi dan latihan PPM, perolehan 10 buah ‘Police Strike Craft’, ‘Rigid Hull Assault Boat’ dengan kapasiti ‘full cabin’ bagi kegunaan operasi dan penguat kuasaan undang-undang jangka pendek di perairan negara serta perolehan lima buah ‘Fast Patrol Craft’.

“Projek naik taraf dan baik pulih 10 buah ‘Fast Patrol Vessel’ dan tujuh projek tambah baik perolehan aset lain juga sedang dalam proses,” tambahnya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti