Polis Johor rampas dadah bernilai hampir RM2 juta

JOHOR BAHRU – Ibu dan anak antara lima individu yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, selain dua beranak, turut ditahan adalah sepasang kekasih dan seorang lagi rakan mereka yang kesemuanya berusia antara 28 hingga 59 tahun.

Menurut beliau, serbuan pada 31 Julai di tiga buah rumah teres di lokasi berasingan itu berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai sehingga RM1.85 juta terdiri daripada 10.9 kilogram (kg) serbuk ekstasi; 95 gram (g) ketamin; 3.45g syabu; 24.12g pil ekstasi dan 155g pil eramin 5.

“Selain itu, polis turut merampas empat buah kereta, sebuah motosikal, seutas jam tangan bernilai RM20,000, wang tunai berjumlah lebih RM78,000 serta barangan kemas bernilai RM52,735.

“Kesemua rampasan dalam serbuan tersebut bernilai RM2.38 juta,” katanya dalam sidang akhbar yang dipaparkan secara langsung di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Tambah Kumar, siasatan awal pihaknya mendapati sindiket berkenaan telah bergiat aktif sejak sebulan lalu dan dikesan membawa masuk dadah dari luar negara sebelum dibungkus semula menggunakan bungkusan jenama minuman popular tempatan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Modus operandi sindiket itu katanya, adalah menjadikan rumah teres sebagai stor simpanan dan tempat pembungkusan semula dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan.

“Kesemua suspek kini sedang direman dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati,” jelasnya.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang