Kerajaan Johor ambil perhatian isu gangguan ekosistem gajah

KERAJAAN Negeri Johor bercadang untuk membaik pulih beberapa perkara dalam usaha menstabilkan semula ekosistem gajah liar di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, langkah ini diutarakan bagi tujuan membendung ancaman gajah di kawasan penempatan penduduk yang dilihat semakin agresif.

“Langkah yang dicadangkan bagi melengkapkan ekosistem ini termasuklah pemasangan kolar gajah bagi mengenal pasti pergerakan haiwan itu.

“Malah, kita juga dalam usaha mewujudkan bank makanan gajah termasuk menanam pokok pisang dan rumput napier di lokasi titik panas laluan gajah,” katanya di hantaran Facebook beliau selepas membuat lawatan ke rumah Allahyarham Misirah Saniman, 75, yang maut selepas diserang gajah di Felcra Batu 29, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, beliau menolak dakwaan mengatakan penebangan hutan simpan di negeri ini menjadi punca peningkatan kes gangguan gajah kepada penduduk di sekitar Kluang dan Kota Tinggi.

“Hutan masih ada, tapi faktor lain mungkin disebabkan habitat mereka telah dikacau. Haiwan ini nak cari makan sahaja, nak stabilkan ekosistem dalam hutan dan sekeliling,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang warga emas maut dipercayai diserang gajah ketika menoreh getah di sebuah ladang di Felcra Kahang, di sini.

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026