Negeri Sembilan hasrat tingkat pelaburan asing, wujud peluang kerja

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan berusaha meningkatkan pendapat rakyat di negeri ini dengan menyambut baik dasar ekonomi terbuka oleh Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (Sikamat–PH) berkata, melalui kemasukan pelaburan asing ke negeri ini ianya dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan penduduk setempat.

Antara sektor pelaburan baharu khususnya dalam sektor perkilangan seperti berteknologi tinggi, menjalankan aktiviti automasi dan robotik serta menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Menerusi hasrat ini, kerajaan negeri berharap dapat membantu meningkatkan pendapatan isi rumah di negeri ini.

“Antara inisiatif dan insentif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri bagi menggalakkan pelaburan baharu ke Negeri Sembilan dengan menggalakkan pemajuan dan pembukaan kawasan industri baru di negeri ini bagi tujuan penyediaan kawasan industri yang strategik serta dilengkapi infrastruktur yang menepati keperluan industri.

“Banyak kawasan industri baru telah berjaya dirancang dan diselaraskan pembangunannya seperti di SPD Techvalley, Techpark 3 @Enstek, Hamilton Industrial Park (di Parcel A, MVV) dan Springhill Industrial Park di Fasa 3.

“Manakala yang masih di dalam fasa perancangan adalah di Eka Smart Industrial Park, di Mukim Labu, NS Semiconductor Valley, Labu Smart Park, Sikamat Industrial Park, MVV Central (Parcel B) dan lain-lain lagi,” ujar Aminuddin.

Beliau berkata, inisiatif ini adalah amat penting untuk mengatasi kekurangan tanah industri di negeri ini serta memenuhi permintaan para pelabur.

“Kerajaan negeri juga menyediakan galakan insentif pelaburan seperti penetapan diskaun kadar bayaran premium iaitu sebanyak 15 peratus untuk tempoh 30 hari dari tarikh menerima Notis 5A atau 7G daripada Pentadbir Tanah Daerah berkuatkuasa 1 Januari 2024,” katanya.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan ADUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN) dan ADUN Lukut, Choo Ken Hwa (PH) di Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 pada Isnin.

Related Posts

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

KANGAR – Kerajaan negeri memaklumkan perjanjian projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) melalui syarikat konsesi telah ditandatangani semasa pentadbiran Menteri Besar terdahulu, Mohd. Shukri Ramli. Menteri Besar, Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KANGAR – Sekumpulan kontraktor di negeri ini menggesa agar projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) diserahkan semula kepada kerajaan negeri dan tidak lagi dikendalikan melalui syarikat konsesi. Wakil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM