PN ‘sembunyi’ calon, masih kempen tiup api perkauman

KLUANG – Tinggal tidak sampai dua hari lagi tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota akan berakhir yang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN).

Calon Kerajaan Perpaduan, Syed Hussien Syed Abdullah dari Barisan Nasional (BN) rancak menggunakan kesempatan saat akhir ini dengan meningkatkan ‘top gear’ kempennya untuk muncul di pentas-pentas ceramah atau pun sidang media yang dirancang pasukannya.

Namun sebaliknya berlaku kepada calon pembangkang iaitu Haizan Jaafar dari Bersatu yang seperti ‘disembunyikan’ oleh PN untuk muncul di pentas-pentas ceramah yang diaturkan.

Jika ada pun, kemunculan Haizan yang mesra dikenali sebagai Coach Haizan hanyalah tak sampai lima minit. Itu pun sekadar memperkenalkan nama dan sedikit latar belakang beliau kepada khalayak.

Apa tidaknya, tindakan PN ini dipercayai untuk menutup aksi canggung Haizan yang kekok ketika berucap di khalayak mahu pun pada setap kali sidang media sehingga menonjolkan beliau seorang yang tidak kompeten menggalas tanggungjawab untuk dipilih sebagai wakil rakyat di DUN Mahkota.

Lantaran itu tidak hairanlah siri kempen ceramah PN kali ini hampir tidak ada kelibat Haizan dan ia ditampung dengan ucapan pemimpin-pemimpin PN yang ‘diimport’ khas dari pusat.

“Kalau dia jadi wakil rakyat Mahkota, teruk kita, sudahlah dia pun tak datang, macam mana dia nak suarakan segala pemasalahan kita kalau berucap pun tidak pandai,” luah seorang penduduk setempat yang hadir ke ceramah PN di Taman Ilham, Kluang malam tadi.

Bukan di Taman Ilham sahaja, rata-rata kehadiran siri kempen ceramah PN mendapat sambutan hambar penduduk yang boleh dikira tidak sampai 100 orang yang hadir. Itu pun yang hadir adalah mereka yang bertugas sebagai jentera parti.

Menyentuh mengenai ucapan kempen PN, rata-rata pemimpin PN menggunakan pentas ceramah dengan mengelirukan pelbagai fakta untuk memburukkan kerajaan.

Malah masih ada pemimpin PN yang tidak cakna dengan situasi semasa seperti nilai Ringgit semakin meningkat berbanding dolar, kadar inflasi yang rendah serta pelbagai insentif yang diberikan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat.

Terdapat juga pemimpin mereka yang masih memutarbelitkan fakta sehingga menjadi fitnah kononnya Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikuasai Ahli Parlimen bukan Melayu dan Islam sekali gus menjadikan DAP berkuasa.

Ia dapat didengar jelas ucapan pemimpin Pas, Ustaz Zamri Mantop dalam setiap siri ucapan kempennya di Mahkota yang gigih meniupkan api kebencian perkauman bahawa Kerajaan Perpaduan dikuasai kaum minoriti.

PN akan menggunakan elemen menakut-nakutkan rakyat khususnya kepada orang Melayu dalam setiap ceramah mereka seperti, Melayu akan ditindas, Malaysia akan jadi Singapura versi kedua dan Islam akan diganggu gugat oleh kaum minoriti.

Untuk rekod, daripada 148 Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan, wakil rakyat Melayu dan Islam ialah 77 orang, Cina (43), bukan Islam dari Bumiputra Sabah dan Sarawak (16), India atau kaum-kaum lain (12).

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat