PM kecam serangan udara Israel ke atas Syria

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan udara terbaharu rejim Israel ke atas ibu negara Syria, Damsyik, yang mengorbankan nyawa orang awam serta mencabuli kedaulatan negara itu.

Menurut Anwar, tindakan tersebut merupakan satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa, termasuk Perjanjian Pemisahan 1974 antara Israel dan Syria.

“Syria telah menanggung penderitaan yang amat berat sepanjang dekad lalu.

“Rakyatnya berhak untuk hidup aman, bukan terus menjadi mangsa keganasan dan campur tangan asing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Syria dan menyeru semua pihak agar menghentikan pelanggaran seumpama itu serta kembali kepada prinsip kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan serangan udara Israel yang dilaporkan mengenai beberapa kawasan di sekitar Damsyik, termasuk bangunan Kementerian Pertahanan Syria dan kawasan berhampiran Istana Presiden.

Serangan berkenaan dilaporkan menyebabkan kemusnahan teruk serta kehilangan nyawa dalam kalangan orang awam.

Menurut laporan antarabangsa, serangan Israel itu dipercayai berlaku selepas tentera kerajaan Syria melancarkan tindakan ketenteraan terhadap masyarakat Druze di selatan negara tersebut.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran