PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam tindakan unilateral yang diambil oleh sesetengah negara, kerana ia merupakan penyalahgunaan kuasa yang angkuh dan tidak mengambil kira kepentingan negara-negara kecil.

“Dapatkah anda bayangkan bagaimana pada 2025, meskipun dengan kewujudan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan aturan perdagangan pelbagai hala, kita (sebaliknya) berdepan dengan peningkatan dasar perlindungan, pengenaan tarif serta sekatan unilateral?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk “ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia” di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO), pada Khamis.

Anwar yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan menjelaskan bahawa perkembangan sebegini hanya akan mendorong kepada pemisahan ekonomi yang boleh menggugat keseluruhan sistem yang telah dipersetujui oleh masyarakat antarabangsa.

Menurut Perdana Menteri, keadaan ini hanya akan menjejaskan negara-negara yang bergantung kepada perdagangan seperti Malaysia serta negara anggota ASEAN yang lain.

Beliau memberi contoh Malaysia merupakan hab global utama bagi industri semikonduktor dan pengeluaran cip di rantau ini.

Anwar menegaskan bahawa ketika Malaysia sedang beralih ke arah penghasilan reka bentuk serta pembungkusan berteknologi tinggi, negara ecara tiba-tiba diancam dengan perkara ini (dasar perlindungan).

“Kita sedang berada dalam ketidaktentuan geopolitik (dan) yang memberi impak dan bukan setakat melibatkan isu keselamatan,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar menekankan kepentingan untuk terus memperjuangkan prinsip perdagangan bebas dan memperkukuh kerjasama ekonomi serantau serta global.

“Tempoh masa dasar perlindungan ini harus berakhir. Ini mesti dihentikan dan sebaliknya perlu berasaskan aturan dunia yang berpandukan undang-undang.

“Oleh itu, saya mewakili rakan-rakan di ASEAN dalam menyuarakan isu ini (dan) atas alasan itu kita menyokong Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

“Malah, kini (kita mendapat) sokongan Russia, negara yang mencadangkan penyertaan Malaysia sebagai negara rakan dalam (blok) BRICS.

“Presiden (Vladimir) Putin yang mengetengahkan cadangan penyertaan Malaysia dalam mesyuarat tahun lepas dan mendapat sokongan China, India dan Ethiopia,” katanya.

Tambah Anwar, Malaysia turut berhasrat untuk memperluaskan perdagangan dan pelaburan dengan rakan strategik tradisional seperti Amerika Syarikat yang masih kekal sebagai pelabur terbesar di negara ini.

Justeru, Malaysia juga berharap dapat meneroka pasaran perdagangan dan pelaburan baharu.

Related Posts

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka memulakan semula pelayaran ke Gaza pada bila-bila masa selepas kekal berada di Istanbul, Turkiye. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) sebagai sokongan bagi persediaan mereka menyertai World Music Contest 2026 di Kerkrade, Belanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap